in

Sampah Merata! Pangsapuri Ini Penuh Dengan Sampah & Penduduk Yang Tak Bertanggungjawab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda tinggal di sebuah kawasan kejiranan seperti pangsapuri atau rumah teres, adab berjiran haruslah diamalkan agar kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan selesa.


Namun, realiti tidak seindah seperti apa yang diidamkan. Seorang pengguna Facebook, Shazlin Nazli ada berkongsikan beberapa keping gambar berkenaan realiti hidup berjiran di Malaysia.

Gambar yang dikongsikan beliau diambil di sebuah pangsapuri yang tidak didedahkan lokasinya, namun situasi di pangsapuri itu kelihatan terlalu kotor dan menjijikkan.

Pad di atas piring Astro

Pad yang dicampak oleh penduduk tingkat atas terjatuh di atas piring Astro.

Isi ikan dibuang oleh penduduk tingkat atas

Isi perut ikan ini pula dibuang oleh penduduk tingkat atas, mesti bau masuk sampai ke dalam rumah!

Bumbung yang dipenuhi dengan sampah

Semua gambar diatas kelihatan normal dan biasa dilihat oleh kita semua, namun amalan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai sesuatu yang normal.

Sudah tiba masanya untuk kita semua ubah pemikiran agar lebih bertoleransi dan beradab apabila hidup berjiran.

Kredit: Shazlin Nazli

 

BACA: “Kesian orang tingkat bawah” – Penduduk PPR Buang Sampah Daripada Tingkat Atas Sehingga Naik Bau Busuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.