Filem Dukun, Kisah Tentang Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kat Malaysia ni kalau sebut nama Mona Fandey, semua pasti tahu kisahnya yang mengerikan. Lagi menyeramkan bila kita tahu yang dia ada menggunakan ilmu hitam. Mona Fandey mendapat perhatian seluruh Malaysia pada satu ketika dulu sehinggakan kisahnya dijadikan movie yang bertajuk Dukun dan bakal ditayangkan Khamis ini.

 

1. Movie ni pernah kena banned sebab sensitif

Sumber: Blog

Kes Mona Fandey ni dah kira high profile lah sebab mangsa dia merupakan orang dalam bidang politik dan cara dia membunuh pun dahsyat weh.  So, sepatutnya movie Dukun ditayangkan pada tahun 2007 selepas menjalani sesi penggambaran pada tahun 2006.

Tapi Lembaga Penapisan Filem Malaysia banned sebab jalan cerita yang sensitif dan controversial serta boleh menyinggung perasaan keluarga yang terlibat dalam kes tersebut. Tapi nampaknya Lembaga Penapisan Filem Malaysia dah tarik balik pengharaman dan movie ni bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 April 2018 ini!

 

2. Filem ini pernah leaked online

Pada awal tahun ni, filem Dukun leaked online dan menimbulkan kemarahan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob yang mengatakan pihaknya mengambil serius isu kebocoran filem ni dan menunggu laporan pihak penerbit sekiranya ia dibocorkan tanpa pengetahuan.

Dia juga turut mengatakan bahawa hal ini melanggar isu hakcipta serta harta intelek and sesiapa yang sevar atau download filem Dukun dikira melakukan kesalahan dari segi undang-undang.

Sumber: Blog

 

3. Barisan pelakon yang hebat menguatkan lagi filem ni

Filem yang bakal ditayang ini menampilkan Datin Seri Paduka Umie Aida yang memainkan watak Mona Fandey tetapi menggunakan nama Diana Dahlan. Pelakon yang memainkan watak mangsa Diana Dahlan, Datuk Jefri pula ialah Adlin Aman Ramlie.

Tak lupa juga kepada pelakon senior Faizal Hussein yang berlakon sebagai Karim selaku peguam Diana dan menjadi narator untuk movie ni. Ramai lagi pelakon sama hebat yang turut membintangi movie ni macam Bront Palarae, Nam Ron, Abu Bakar Juah, Elyana dan ramai lagi.

Sumber: YouTube

 

4. Siapa Mona Fandey, wanita diinspirasikan dalam movie Dukun?

Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail merupakan penyanyi dan mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1987. Walau bagaimanapun, Mona Fandey tidak berjaya meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan beralih ke arah bidang perubatan tradisional.

Sumber: Blog

Mona Fandey telah berkahwin dengan Mohd Affandi Abdul Rahman yang merupakan suami ketiganya dan menuntut ilmu persilatan di Indonesia serta mempunyai anak bernama Mazdiana Affandi. Sewaktu pertuduhan, Mohd Affandi memperkenalkan dirinya sebagai peniaga yang bergiat aktif dalam persatuan agama di Jawa Barat dan Thailand.

Sumber: Berita Harian

 

5. Modus operandi pembunuhan yang dilakukan Mona Fandy, suami dan pembantu ke atas ahli politik

Sumber: Blog

Pada Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah berjumpa dengan Mona Fandey untuk mendapatkan bantuan bagi menaikkan kerjayanya sebagai ahli politik melalui bantuan ilmu hitam. Datuk Mazlan pada ketika itu merupakan seorang ahli politik yang merangkap ADUN Batu Talam, Raub, Pahang.

Pembunuhan berlaku ketika mangsa sedang mengikuti upacara mandi bunga dan arwah telah diminta berbaring dengan mata ditutup dengan bunga serta diminta bersabar sehingga selesai upacara. Then, mangsa dibunuh dengan kejam bila leher dia ditetak dengan kapak sebanyak tiga kali sampai putus dan badannya pula dikerat 18 dan beberapa bahagian kulit dan dagingnya dilapah.

Sumber: Twitter

Bukan tu je, mayat mangsa dimasukkan ke dalam lubang sedalam 1.8 meter dan ditutup dengan lapisan simen bagi menyembunyikan mayat mangsa.  Mangsa dipercayai dibunuh antara jam 10 hingga 12 malam pada 2 Julai 1993.

Sumber: Berita Harian
Sumber: Berita Harian

 

6. Motif pembunuhan hanyalah kerana tamakkan harta

Sebelum kejadian, suami Mona Fandey yang turut terlibat dan mastermind pembunuhan itu telah membawa mangsa ke KL sebab nak suruh keluarkan wang berjumlah RM300,000 di sebuah bank di Kampung Baru, KL.

Sumber: Blog

Sehari selepas pembunuhan, Mona Fandey telah pergi shopping di KL dan membeli kereta Mercedes-Benz serta menonjolkan wajah baru. Apabila disoal, pembantunya, Juraimi Hussin telah buat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan Idris.

Sumber: Blog

 

7. Kehilangan Datuk Mazlan Idris disedari kerana tidak menghadiri meeting

ADUN Benta, Datuk Zuki Kamaludin telah melaporkan kehilangan mangsa pada 18 Julai 1993 setelah berkali-kali tak hadiri majlis rasmi di Pahang. Pada masa tu, polis ingat mangsa diculik dan bertindak membuat siasatan terperinci di rumah separuh siap pasangan bomoh dan pembantu mereka yang selalu dikunjungi oleh Datuk Mazlan.

Sumber: Cari

Siasatan awal mendapati mangsa dilihat memandu kereta bersama Mona Fandey dan suaminya keluar dari kampung Hulu Dong dan didapati hilang bersama kereta miliknya itu yang kemudian dijual oleh pasangan terbabit sekaligus mensabitkan mereka dalam kes pembunuhan tu.

 

8. Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi akhirnya ditahan selepas dua minggu siasatan

Pasangan tu berjaya ditahan di Wangsa Maju dan Juraimi menceritakan segalanya kepada pihak polis selepas disuruh oleh Affandi. Then, Juraimi bawa polis kepada penemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikeluarkan dari lubang bersimen dalam bilik stor dekat sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, Raub, Pahang.

Kes perbicaraan awal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Raub, kemudian dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh. Pada 20 September 1994 bermulalah perbicaraan kes ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang. Mereka bertiga telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibacakan bersama Sesyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Perbicaraan ini diadili oleh 7 orang juri.

Sumber: WOB

Pada 9 Februari 1995, mahkamah dapati ketiga-tiga mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. Mereka semua ditempatkan di penjara Kajang dan macam-macam cerita misteri yang disebarkan sepanjang penahanan Mona Fandey selama empat tahun.

Akhirnya pada 2 November 2001, pukul 5.59 pagi, setelah beberapa rayuan mereka ditolak, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang. Pasangan suami dan isteri itu disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli kariah Masjid Kajang manakala pembantu mereka dikebumikan di kampungnya di Pelabuhan Klang.

Walaupun bertahun lamanya, namun, nama Mona Fandey masih disebut-sebut dan kes ini diingati sampai bila dek kerana kekejaman yang dilakukan olehnya, suami dan pembantu. Kini, dengan tayangan movie Dukun, lagi bertambahlah kisah-kisah Mona Fandey lepas ni.

Jangan lupa tonton filem tu di pawagam Khamis ni!

Baca: Jenayah: Pembunuhan Tragis Kevin Morais, Mayat Dijumpai Dalam tong Dram Tahun 2015

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.