in

“Setakat tiga helai je” – Dong Zong Nak Buat Persidangan Bantah Tulisan Jawi Yang Diperkenalkan Kementerian?

Feature Image Jawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni pernah kecoh mengenai isu tulisan jawi yang akan di selitkan dalam silibus pembelajaran di semua sekolah kebangsaan dan juga sekolah jenis kebangsaan.


Namun, isu ini kembali kecoh selepas baru-baru ini tular dekat laman Twitter mengenai tiga helaian muka surat memaparkan tulisan jawi yang dikatakan bakal diperkenalkan dalam pembelajaran bermula tahun hadapan.

Helaian tersebut menunjukkan perkataan jawi yang ringkas dan sering di lihat dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

Antaranya ialah penjelasan terhadap tulisan jawi yang ada dekat jata negara, ringgit Malaysia, dan pada setem.

Kalau diperhatikan, tulisan jawi yang diguna boleh dikatakan minima dan hanya melibatkan perkataan yang sememangnya sudah dijawikan pada sebelum ini dan bukannya keseluruhan tiga muka surat buku tersebut penuh dengan tulisan jawi.

El04U2Wxkaaqp7D
Sumber: twitter

Namun begitu, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali sebagai Dong Jiao Zong dikatakan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember ini untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

561255
Sumber: sinar harian

Menurut Sinar Harian, selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, Dong Jiao Zong turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

Sebelum ini, Dong Jiao Zong tidak bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi kerana ia bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Korang rasa pengenalan terhadap tulisan jawi perlu diteruskan atau tidak?

 

Baca: “Pencemaran tulisan jawi” – Ramai Tersenyum Bila Tengok Tulisan Khat Ini, Tapi Lepas Membaca Ramai Pulak Yang Mengeji Sebab…

9Oik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.