in

Setahun ‘Derita’ Sakit Tekak, Rupa-rupanya Lintah ‘Menginap’ Dalam Kerongkong

Ft Lintah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal lintah, sudah tentu ada yang geli-geleman bila membayangkan rupanya yang seperti cacing besar dan badan yang berlendir dan melekit.


Lintah ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional bagi tujuan menghisap darah kotor dari tubuh badan.

Namun, lintah ini juga boleh mendatangkan pelbagai risiko gara-gara sifat parasitnya yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita sehingga boleh membawa maut.

 

‘Derita’ sakit tekak setahun, rupa-rupanya lintah duduk dalam tu

Baru-baru ini, seorang budak lelaki yang bersal dari Yunnan, China dikatakan ‘menderita’ sakit tekak sejak lebih dari setahun.

Punca sakit tekak yang dialami oleh kanak-kanak berusia 5 tahun itu terungkai apabila doktor menemui seekor lintah yang ‘menetap’ di dalam kerongkongnya!

Setahun lintah duduk dalam tu.  

Menurut Daily Star, haiwan yang berukuran 2.8 inci (kira-kira 5.3 sentimeter) itu berjaya dikeluarkan menerusi operation yang dijalankan di sebuah hospital.

Doktor yang terlibat dalam pembedahan itu telah memasukkan satu alat khas ke dalam tekak mangsa dan mengeluarkan lintah itu.

Lintah Alat

Feat Lintah

 

Masuk waktu minum air

Kejayaan itu sekaligus berjaya menyelesaikan masalah budak lelaki itu yang dikatakan sebelum ini sering mengalami sakit tekak, sukar bernafas dan kuat berdengkur ketika tidur.

Doktor turut memaklumkan bahawa lintah itu berkemungkinan memasuki saluran badan ketika mangsa minum air.

Beliau turut mengingatkan kanak-kanak supaya tidak meminum air yang kotor kerana dikhuatiri mengandungi lintah kecil yang tidak dapat dilihat dengan jelas.

 

Bukan pertama kali

Untuk pengetahuan semua, kejadian seperti itu bukanlah pertama kali berlaku di daerah itu dimana pernah berlaku kejadian yang sama yang membabitkan seorang budak lelaki berusia 4 tahun pada tahun lepas.

Kes yang lain turut berlaku pada April lalu dimana seorang budak lelaki berusia 9 tahun dikatakan badannya dimasuki lintah melalui lubang hidung selepas dia terminum air dari sumber tercemar di sebuah kawasan luar bandar.

Budak lelaki itu bernasib baik apabila lintah yang berukuran 2 inci yang bersamaan 5 sentimeter itu berjaya dikeluarkan.

Menurut doktor, lintah adalah haiwan penghisap darah yang mudah melekat pada bahagian atau kawasan persekitaran yang lembab.

Kes ini dikatakan ‘rare’ kerana jarang sekali untuk haiwan parasit itu dapat berada dalam badan manusia untuk tempoh masa yang lama.

Fuh nasib baik tak beranak-pinak dalam tu. 

 

Baca: Ngilunya rasa – Anu Warga Emas Dimasuki Lintah Lepas Berendam Dalam Kolam Baca Lintah

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.