in ,

“Ngilunya rasa”- Anu Warga Emas Dimasuki Lintah Lepas Berendam Dalam Kolam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mandi di kolam merupakan salah satu aktiviti riadah yang paling digemari oleh kita semua, di Malaysia kita sudah dibenarkan untuk mandi di kolam seperti di hotel pada 1 Julai lalu. Tapi korang harus berhati-hati, takut ada padah yang menimpa.


Kenapa?

Baru-baru ini seorang lelaki warga emas di Kemboja, terpaksa menahan sakit selepas darah organ dalamannya di hisap lintah. 

Menerusi Harian Metro, dia alami rasa sakit yang teruk itu selepas berendam dalam kolam dan tidak sedar lintah sudah memasuki badannya melalui kemaluannya.

Waktu lintah itu masuk dia tidak rasa sakit lagi, bila dia ingin membuang air kecil baru rasa sakit yang amat itu datang. Nasib baik terdetik hati dia nak jumpa doktor…

Ketika dia dirawat di Hospital Calmette, doktor telah masukkan satu kamera kecil yang pada saluran alat kemaluannya.

 

Difahamkan, lintah itu telah merosakkan beberapa organ dalaman warga emas tersebut. Untuk mengeluarkannya doktor harus membunuh lintah itu dulu.

 

Proses Pengeluaran Lintah

Pada pandangan doktor, proses ini agak sulit kerana mereka harus menggunakan sejenis alat yang bernama bipolar resectoscope untuk mematikan haiwan tersebut.

Menjadi lebih rumit pada proses ini, lintah itu dikatakan sudah mengembang dan para doktor percaya yang haiwan itu sudah menghisap 500 mililiter darah warga emas tersebut. Kenyang betul lintah tu weyh!

Disebabkan isu ini, doktor yang merawat itu memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika berenang dalam sungai atau kolam terutama pada musim hujan.

Walau bagaimanapun, warga emas itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan serta dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan semalaman di hospital tersebut.

 

Baca: “Aduhhh” – Budak Lelaki Koma Lepas Lintah Masuk Lubang Dubur Masa Main Air Banjir Di Terengganu

Sumber: You Tube
Sumber: Dailymail
Sumber: Dailymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.