Tidak semua kanak-kanak mempunyai peluang untuk merasai zaman childhood di atas faktor kemiskinan keluarga. Situasi ini membuatkan ramai kanak-kanak memilih untuk bekerja demi membantu menyara keluarga di rumah.
Sama seperti apa yang dialami oleh Rehan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun di Indonesia yang tular selepas dia dilihat bekerja di jalanan dengan memakai maskot.
Rehan mula mendapat perhatian media apabila seorang pengguna Instagram (@rhmadii__) menemu-ramah kanak-kanak itu yang dilihat sedang berehat di pinggir jalan. Ketika itu, Rehan sedang memakai maskot karakter Tom dalam kartun bersiri Tom & Jerry.
Terang Rehan, dia mempunyai beberapa maskot di rumah dan akan tampil dengan maskot yang berlainan demi pengunjung yang lalu-lalang di kawasan itu. Antara maskot yang dimiliki Rehan adalah karakter Dora the Explorer, Upin dan Ipin, Spongebob Squarepants dan banyak lagi.
Apabila ditanya sebab mengapa dia memilih untuk bekerja di jalanan, Rehan menerangkan pekerjaan ini mampu untuk menampung keperluan hariannya. Duit yang dikumpul akan digunakan untuk membeli makanan, sewa rumah dan perbelanjaan sekolah.
Meskipun ibunya masih bekerja, Rehan berkata gaji yang diterima ibunya hanya mampu untuk menampung perbelanjaan sewa rumah. Sambungnya lagi, dia hanya mahu meringankan beban yang ditanggung ibunya selama ini.
Rehan akan mula bertolak dari rumah pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, dan akan pulang di petang hari untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakan.
Sumber: Panay News
BACA: Setiap Hari Datang ‘Berjaga’, Hospital Lantik Oyen Jadi Pengawal Keselamatan