in

Seram! Ular Sawa Sepanjang 6 Meter Tumpang Tidur Atas Bumbung Rumah

Feat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang takut ular tu, jangan tak tidur malam pulak lepas baca cerita ni. Satu ular sawa sepanjang 6 meter ditemui sedang nyenyak tidur di atas bumbung rumah di Bangkok. Seramnyaaaaa


Gambar ular sawa ini tular di media sosial pada hujung minggu lepas apabila pihak bomba daerah Bang Na memuatnaik gambar mereka ‘menguruskan’ anaconda tersebut di Facebook pada pukul 1 pagi, hari Jumaat yang lalu.

Menurut Coconuts Bangkok, apabila pihak bomba sampai di rumah tersebut, mereka menemui ular tersebut sedang merenggangkan badannya dengan kepala berhampiran pintu dan ekornya di hujung bilik.

53160488 2336452603250603 3745025832150630400 N
Sumber: facebook

Apa yang buatkan ular ini lebih syok nak beristirehat, bila bumbung bilik yang dia pilih ni boleh pula berukuran lebih kurang 6 meter. Memang ngam-ngam lah dia nak renggangkan badan.

“Memang susah nak bawa ular ni turun, lagi susah bila nak masukkan ular ni dalam guni. Tapi, kami berjaya dan malam ni, tuan rumah boleh tidur dengan tenang.”

Collage 2
Sumber: facebook

Kepada yang tertanya-tanya bagaimana keadaan ular tu, jangan risau, ular ni dah dihantar ke Bahagian Jabatan Perhutanan Diraja di mana ia akan dilepaskan semula ke habitat asalnya, mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pejabat Pencegahan dan Pengurangan Bencana.

Macam ni baru betul, kalau kita ternampak haiwan merbahaya, kita kena cepat-cepat panggil pihak berkuasa dan jauhkan diri dari tempat tersebut. Bukan pergi seksa dan bunuh haiwan tu. Eh?

 

Baca: “Sepatutnya jangan bunuh” – Buaya Terperangkap Dalam Jaring Dibunuh Dengan Kejam Di Miri Sebab..

Feat 1 4

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.