in

Serangan Anjing! Jom Ambil Tahu Jenis-jenis Anjing Yang Di Haramkan Di Malaysia

Gambar Hiasan 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes seorang wanita di Melaka yang diserang anjing buas yang dibela seorang penduduk di perumahan itu. Serangan ganas tersebut mengakibatkan dirinya tercedera di beberapa anggota termasuk tangan dan kaki.


Difahamkan, anjing ganas tersebut yang dipercayai daripada baka Pitbull terlepas kerana pagar rumah tuannya tidak ditutup. Meskipun wanita tersebut sudah menjalani rawatan, namun anjing itu pula kini sedang ‘ditahan’ di Jabatan Veterinar Negeri Melaka.

Selepas dairpada kejadian itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar baru-baru ini berkongsi satu penjelasan mengenai jenis baka anjing yang terhad dan dilarang dibela di negara ini.

117240222 3061762880544630 5837520415652215612 O

Di Malaysia, baka anjing dibahagikan kepada 2 kategori. Menurut Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) anjing terlarang adalah anjing yang dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik.

Bagi anjing terhad pula adalah anjing yang kebiasaannya dilatih untuk menjalankan tugas – tugas tertentu seperti anjing tentera, polis, kastam atau pengawal.

Anjing dalam kategori ini sesetengahnya tidak dilatih namun secara semula jadinya ia menurut kata. Jadi ia tidak dianggap mempelihara sebagai haiwan kesayangan tetapi untuk mengawal harta persendirian atau individu.

 

Boleh ke import anjing?

Bagi baka terhad boleh, namun ada syarat – syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tetapi untuk baka terlarang adalah TIDAK SAMA SEKALI.

Bagi yang ingin membela anjing baka terhad, korang boleh rujuk Panduan Bagi Pengimportan Haiwan Kesayangan ke Malaysia yang dikeluarkan oleh MAQIS.

 

Kenali baka anjing diharamkan di Malaysia

Akita / Akita Inu, Japanese Akita

Hachiko

Siapa sangka anjing comel berasal dari Jepun ini diharamkan di Malaysia. Baka popular dan selalu muncul di dalam Anime Jepun. Akita merupakan sejenis baka yang garang dan menyerang manusia jika diganggu. Akita mempunyai telinga yang tegak dan ekor yang melengkung kearah badan menandakan baka ini berasal daripada stok spitz.

Kepalanya besar dan lebar mempamirkan ekspresi seperti beruang. Baka Akita dikatakan berasal dari wilayah Akita, dikepulauan Honshu. Baka ini dahulunya digunakan secara berpasangan untuk tujuan berburu. Akita secara rasminya sebagai sebahagian warisan kebangsaan Jepun pada tahun 1931.

American Bulldog / Old Country Bulldog

Download 2

American Bulldog dikatakan hampir serupa dengan bentuk lama British Bulldog pada abad ke 16. Asalnya digunakan sebagai umpan dalam laga lembu. Kepalanya besar serta leher dan bahunya tegap dan kuat. Asal baka asli ini dibawa masuk dari Britain dan dibawa masuk ke Anerika Syarikat dan ianya menjadi terkenal sebagai anjing pemburu dan ladang.

Baka ini merupakan anjing kerja yang mempunyai variasi yang luas dari segi ketinggian dan berat badan berbanding dengan baka yang sama di Britain yang digunakan sebagai anjing kesayangan dan baka untuk pertunjukan.

American Pit Bull Terrier

A

American Pit Bull Terrier adalah baka yang sangat ditakuti di dunia pada masa ini. Mempunyai kepala yang lebar, rahang yang sangat kuat dan otot yang tebal pada bahagian leher dan badan. Baka ini dibiakkan khusus untuk pertarungan anjing dan masih digunakan bagi tujuan ini sehingga ke hari ini secara tidak sah. Baka ini terhasil daripada kacukan Staffordshire Bull Terriers dengan Bulldog. Di UK pemilikan hanya untuk anjing didaftar dan dimandulkan sahaja.

Dogo Argentino / Argentinian Mastiff

Dogo Argentino Pict

Dogo Argentino ialah anjing yang kuat dan berwarna putih yang merupakan satu diantara beberapa baka yang dihasilkan di Amerika Selatan. Mempunyai kepala berbentuk segi empat yang menandakan keturunan asalnya daripada Mastiff dan dikenali kerana ganas, tidak gentar secara semula jadi dan kebiasaanya digunakan untuk memburu.

Meskipun begitu, anjing ini boleh dipercayai dan sangat setia. Baka ini berasal daripada Old Fighting Dog yang mana asalnya adalah dari Sepanyol. Anjing ini turut diharamkan dipelihara di Great Britain berikutan kepada kebimbangan terhadap sifat nalurinya.

Tosa Inu / Tosa Fighting Dog

Tosa Inu

Anjing gagah ini turut berasal dari Jepun. Tosa Inu mempunyai susuk badan dan otot yang tegap dan kuat serta rahang dan gigi yang sangat kukuh, menjadikannya sebagai baka anjing yang sukar ditandingi dalam sebarang pertarungan. Anjing agresif ini telah diharamkan di United Kingdom tetapi masih boleh dipelihara di Amerka Syarikat.

Sumber: Bukandoktorveterinar, VeterinaMalaysia

Baca: Kes Wanita Diserang Anjing Ganas: Pemilik Pitbull Mengaku Bersalah Dan Didenda RM2,000. Cukup ke?

12 2

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.