Seram Sangat Ke? YouTube Banned Iklan Filem The Nun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mungkin ramai antara penggemar filem sudah tonton trailer terbaru The Nun yang bakal keluar pawagam 6 September ni. Trailer tu boleh dikatakan agak seramlah, macam korang tengok trailer filem Munafik, Pengabdi Setan atau The Conjuring. Tapi kalau korang yang jenis hardcore tengok filem seram, trailer ni boleh dianggap level-level biasa je… 

Pun begitu menurut Popsugar, baru-baru ni kecoh di luar negara tentang iklan YouTube mengenai filem The Nun yang dikatakan seram giler!

Walaupun iklan tu 6 saat je, tapi teknik jump scare dengan volume yang kuat dan tetiba terjengul muka The Nun tu boleh buat korang heart attack. Kalau berani silalah tengok kat sini. Admin tak tanggung kalau ada yang kena sakit jantung atau lemah semangat ye. 

Lepas seorang pengguna YouTube beri amaran untuk ‘jangan tengok/turunkan volume bagi mereka yang tak suka jump scare atau ada masalah kesihatan’ di Twitter, laman YouTube terus banned iklan tu sebab ia dah langgar polisi website

Macam mana pun, bagi korang yang gilakan filem seram macam The Conjuring dan Annabelle, korang kena tengok The Nun sebab filem ni ada kaitan dengan dua filem tu.

Ia mengisahkan tentang kematian misteri rahib muda di sebuah gereja kat Romania. Seorang paderi dan pembantunya ditugaskan untuk siasat tentang hal ni, tapi sebenarnya bukan senang tau sebab dorang kena berhadapan dengan hantu yang berupa rahib jahat!

Sumber: IMDB

Haa amacam seram tak iklan The Nun tu? Admin rasa macam so-so je… hehehe!

Baca: “Seram wehhhh!” – Netizen Sampai Baca Ayat Kursi Takut Tonton Pengabdi Setan! 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!