in

“Sekali dia ngap, tak dan mengucap” – Netizen Kecam Gadis Tunjuk Bakat Dukung Buaya ‘Jinak’

Haiwan Ganas Buaya Aum Aum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Sekali dia ngap, tak dan mengucap" - Netizen Kecam Gadis Tunjuk Bakat Dukung Buaya 'Jinak'
Loading
/

Selain haiwan ganas yang ditakuti manusia seperti harimau dan ular, buaya jugak antara haiwan liar yang tak boleh dibuat main. Ramai dah menjadi mangsa terutama di kawasan pedalaman dan sungai yang terkenal dengan hidupan ni.


Tapi seorang gadis dari Kelantan ni nampaknya lain macam sikit. Buaya dengannya sudah macam bersahabat baik.

 

“Jarang-jarang anak mudo nok tunjuk bakat” 

Menerusi perkongsian video di Facebook, gadis yang viral ni nampak chill je bila berjinak dengan buaya yang katanya dijumpai di belakang rumah. Tanpa rasa takut, gadis yang dikenali sebagai Azy ni dilihat mendukung buaya tersebut dipangkuannya.

“Ada berani sahabat? Dia mari dengan tak khabar, sahabat. Jangan cakap Zy pegang yang palsu, tengok video gerak-gerak molek tu. Jarang-jarang anak mudo nok tunjuk bakat.” 

49539546 376193316523246 4381151591525253120 N
sumber: facebook

 

“Tak ada penyakit cari penyakit. Haish boya tu bukan cicak!” 

Sekilas pandang bila tengok je adegan Azy ni dengan buaya, admin terus rasa meremang sebab anak buaya tu real dan bukan jenis plush toy yang jual kat Toy ‘r’ Us tu.

Rata-rata netizen yang lihat video yang viral tu pun banyak yang mengecam Azy sebagai sengaja mengundang bahaya. Kalau buaya tu ngap macam mana? Tak ke naya kan?

Cari Nahas
sumber: facebook

 

“Aku jumpa dia, ambil gambar terus lepas dia kat sungai balik” 

Disebabkan banyak menerima kecaman di media sosial, Azy melalui posting terbaru menjelaskan ‘hubungan’ dia dengan buaya tersebut yang dikatakan haiwan peliharaannya. Kata Azy simple je, dia tak bela pun haiwan tu. Hanya ambil untuk bergambar je. Kemudian ia dilepaskan ke sungai semula. Oo.. gitu! 

Azy

49834046 376193259856585 8973729515201101824 N

49639284 2252461998131483 9100134684804775936 N
sumber: facebook

Apa-apapun admin salute dengan keberanian gadis ni dapat pegang dan dukung buaya macam tu je. Tapi macam mana pun, kenalah hati-hati ye sebab haiwan macam buaya ni bukan haiwan jinak. Seeloknya janganlah diulangi lagi perbuatan ni. Silap haribulan lain pulak jadinya.

Baca: Berani Gila! Gadis Ini Bela Biawak dan 26 Jenis Ular Termasuklah Tedung Selar!

Jag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.