“Sepahtu tu kita” – Comeback Shuib Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion Buat Ramai Sebak

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sepahtu tu kita” – Comeback Shuib Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion Buat Ramai Sebak

Tidak lengkap rasanya bila bercakap tentang kumpulan Sepahtu tanpa kesemua ahli tetapnya; Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya.

Terdahulu, Shuib dilihat tidak menyertai program Sepahtu Reunion 2021 selepas berehat sebentar dari dunia seni. Hal ini berikutan kehilangan isterinya yang tercinta dan dia perlu menguruskan keempat-empat orang anaknya sendiri.


Shuib buat surprise!

Walau bagaimanapun, pemilik bisnes Bubblebee itu membuat kejutan malam semalam selepas menghadirkan diri dalam episod terakhir Sepahtu Reunion 2021 dalam sketsa yang bertajuk ‘Mencari Sepatu Yang Hilang’.

Kemunculan semula Shuib di pentas Sepahtu Reunion selepas hampir tujuh bulan musim ini disiarkan menerima standing ovation dari penonton di studio.

Reaksi dari Rahim, Jep dan Pak Ya juga melihatkan mereka tidak menyangka Shuib akan menjadi cameo terakhir bagi episod tersebut.

Kasut ini, Sepahtu tu kita

Bukan sekadar datang menceriakan suasana, Shuib juga turut menyatakan rindunya untuk berada di pentas itu. Pelawak itu juga sempat membuat pickup line terhadap rakan-rakan kumpulannya, bertanyakan apa perbezaan kasut dan sepatu.

Pickup line itu mungkin nampak bersahaja, tetapi bermakna lantaran Shuib memberi penekanan bahawa sepatu (Sepahtu) adalah mereka sebagai satu kumpulan. Bergenang pulak mata ni…

Barulah lengkap Sepahtu…

Walaupun muncul dalam minit skrin yang sekejap, ternyata kehadiran Shuib membawa impak yang besar bukan sahaja kepada rakan-rakan di pentas, malah kepada peminat yang menonton.

Melalui video Tiktok yang dikongsi oleh pengguna Adiatul Hazmira, rata-rata netizen turut sebak melihat Shuib kuat untuk tampil di pentas komedi itu sekali lagi berikutan dugaan yang diterimanya tahun ini. Ramai juga yang meminta agar pelawak itu terus tabah dalam kehidupannya.

1 7Sumber: Tiktok3 14Sumber: Tiktok4 14Sumber: Tiktok  2 10Sumber: Tiktok

Sketsa mereka malam semalam turut menampilkan Ebby Yus dan Wany Hasrita. Penyanyi terkenal tanah air, Khai Bahar turut melakukan cameo dalam program televisyen tersebut.

Sumber: Zon Lawak dan Tiktok

Baca: “Ayash senyum kat ibu ke” – Foto Anak Bongsu Shuib Senyum Lihat Dekat Satu Arah Undang Sebak Netizen

5 12 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sepahtu tu kita” – Comeback Shuib Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion Buat Ramai Sebak
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sepahtu-tu-kita-comeback-shuib-dalam-episod-terakhir-sepahtu-reunion-buat-ramai-sebak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM