Seorang Lelaki Maut Lemas Lepas Jatuh Perigi Ketika Mahu Ambil Wuduk

Tambah ke Sumber Pilihan
Seorang Lelaki Maut Lemas Lepas Jatuh Perigi Ketika Mahu Ambil Wuduk

Seorang lelaki berusia 64 tahun dilaporkan maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, Kelantan pada pagi tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, mangsa, Bahrom Ismail dipercayai sedang mahu mengambil wuduk di perigi tersebut pada sekitar jam 6.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh.


Kejadian tersebut kemudiannya disedari oleh anak mangsa yang selepas itu cuba untuk menghulurkan tali ke dalam perigi itu untuk menyelamatkan mangsa.

5 2Sumber: Berita Harian

Walau bagaimanapun, bantuan itu tidak berjaya kerana mangsa terus tenggelam.

Menurut anak mangsa, bapanya keluar pada waktu pagi untuk menoreh getah dan dia selalu berwuduk di perigi itu untuk solat Subuh.

Artikel berkaitan : Pelajar Maut Lepas Panjat Tembok Sekolah, Terjatuh Masuk Dalam Perigi

Artikel berkaitan : Pelajar U Tempatan Maut Terjatuh Tingkat 34 Gara-gara Cuba Ambil Sehelai Baju Tersangkut Di Balkoni

Jiran mangsa, Mohd Shamsudin kemudiannya menghubungi pihak bomba setelah mengetahui kejadian tersebut.

Difahamkan, mangsa yang lemas kemudiannya dibawa keluar dari perigi sedalam lebih lima meter itu oleh pihak bomba yang tiba tidak lama kemudian.

6 2Sumber: Berita Harian

Mangsa walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tetap kuat dan tabah menghadapi ujian ini. 

Sumber: Buletin TV3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Seorang Lelaki Maut Lemas Lepas Jatuh Perigi Ketika Mahu Ambil Wuduk
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/seorang-lelaki-maut-lemas-lepas-jatuh-perigi-ketika-mahu-ambil-wuduk/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM