Pelajar Maut Lepas Panjat Tembok Sekolah, Terjatuh Masuk Dalam Perigi

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelajar Maut Lepas Panjat Tembok Sekolah, Terjatuh Masuk Dalam Perigi

Satu kejadian tidak disangka berlaku apabila seorang pelajar berusia 15 tahun maut selepas cubaan untuk meloloskan diri dari sekolah gagal.

Perigi 2
Sumber: Kompas

Jatuh ketika panjat tembok, nak ponteng sekolah

Kesnya bermula ketika semua pelajar di sekolah itu sedang menunaikan solat Zohor berjemaah pada jam 12.30 tengah hari. Pada masa yang sama, satu kumpulan pelajar merancang untuk ponteng dengan memanjat tembok di kawasan belakang sekolah.


Artikel berkaitan: Bertahun-tahun Tak Balik Rumah, Suami Terkejut Isteri & Anak Hanya Tinggal Rangka

Artikel berkaitan: Meninggal Dunia Ketika Kejohanan, Jasad Pemain Badminton China Masih Belum Dituntut Dari Hospital Indonesia

Nasib malang menimpa Rifki Rahdian ketika dia melompat dari tembok sekolah tetapi salah mendarat di atas penutup perigi sebelum jatuh terperosok ke dalamnya. Difahamkan, kedalaman perigi itu adalah 10 meter.

Cuak dengan kejadian itu, rakan-rakan Rifki terus melaporkan insiden itu kepada pihak sekolah namun Rifki gagal diselamatkan.

Mangsa diangkat dari perigi sedalam 10 meter dan sudah meninggal dunia.

Perigi 1
Sumber: Kompas

Lebam pada kepala, penutup simen pecah

Menurut rakan Rifki, kepala Rifki juga tertimpa dengan penutup perigi yang diperbuat daripada bancuhan simen dan telah pecah. Disebabkan itu, kepala dan lengan kanannya ada kesan lebam.

Bagaimanapun, mangsa dikejarkan ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut dan polis mendapati mangsa meninggal dunia mungkin disebabkan penutup simen yang terhempap pada kepala.

Mangsa meninggal dunia kemungkinan kerana penutup simen terhempap, dia kekurangan oksigen kerana perigi sangat dalam.

Pun begitu, tiada siasatan lanjut mengenai kes itu dan pihak keluarga juga telah menerima takdir yang menimpa Rifki.

Sumber: Kompas

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelajar Maut Lepas Panjat Tembok Sekolah, Terjatuh Masuk Dalam Perigi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelajar-maut-lepas-panjat-tembok-sekolah-terjatuh-masuk-dalam-perigi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM