in

Terperangkap Dengan Ular & Kala Jengking, Budak OKU Jatuh Perigi Berjaya Diselamatkan Lepas 4 Hari

kanak kanak jatuh dalam perigi rahul sahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Rahul Sahu berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat India selepas dia terjatuh dan terperangkap dalam sebuah perigi sempit selama empat hari.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Ketua Menteri Chhattisgarh, Bhupesh Baghel yang turut meminta orang ramai untuk sama-sama berdoa untuk keselamatan kanak-kanak tersebut menerusi akaun Twitter rasminya.


Menurut laporan Hindustan Times, seramai 15 orang anggota tentera berjaya mengeluarkan Rahul menggunakan pengusung daripada terowong yang digali bagi mengeluarkan kanak-kanak yang terjatuh dalam perigi sedalam 70 kaki tersebut.

Selepas 110 jam, Rahul Sahu berjaya dikeluarkan pada malam Selasa selepas terjatuh dalam perigi sedalam 70 kaki tersebut (ada laporan kata 80 kaki) di sebuah kawasan di Pihrid, Chhattisgarh.

Difahamkan, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan tersebut sedang bermain di kawasan belakang rumahnya sebelum terjatuh ke dalam perigi berkenaan dan tidak bergerak selepas terjatuh dan hanya memberikan respons pada sebelah petang untuk meminta makanan.

Selain itu, kira-kira 500 orang petugas keselamatan yang terdiri dari Pasukan Tindak Balas Bencana Negara (NDRF), pihak polis tempatan dan juga tentera telah dikerahkan dalam operasi menyelamat besar-besaran tersebut.

PTI06 14 2022 000330A 0 1655261271886 1655261302919

Pasukan penyelamat difahamkan mengorek sebuah lagi lubang selari dengan perigi tersebut bagi memudahkan proses mengeluarkan Rahul sambil menyediakan hospital Bilaspur untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Pentadbiran Daerah Tempatan, Jeetendra Shukla berkata, kanak-kanak tersebut masih hidup namun berada dalam keadaan lemah dan dikejarkan ke hospital terdekat.

Difahamkan faktor cuaca buruk dan ular berbisa serta kala jengking yang berada dalam lubang perigi tersebut menyukarkan usaha menyelamat dilakukan. Sebuah kamera juga digunakan untuk memantau keadaan kanak-kanak tersebut serta pergerakannya, kata Ketua Polis Daerah Janjgir, Vijay Agrawal kepada AFP.

Baca : #SaveHaidar Kanak-kanak 9 Tahun Di Afghanistan Jatuh Perigi Sedalam 10 Meter, 2 Hari Terperangkap

Untitled design 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.