Salah seorang kakitangan pengangkutan awam, MRT dilaporkan positif Covid-19. Perkara itu disahkan oleh Rapid Rail dimana seorang kakitangannya positif covid-19 dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurut laporan Sinar Harian, Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kakitangan berkenaan yang bekerja sebagai ‘transit officer’ bertugas buat kali terakhir pada Rabu lalu. Kerja-kerja sanitasi dan pembersihan tempat kerja staff berkenaan dijalankan malam tadi.
Rapid Rail juga mengarahkan semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Walaubagaimanapun, menurut kenyataan itu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.
Baca: 7 Pekerja Positif, Tesco Extra Mutiara Damansara Ditutup Sementara Mulai Hari Ini