in

7 Pekerja Positif, Tesco Extra Mutiara Damansara Ditutup Sementara Mulai Hari Ini

4Tesco

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertambahan kes Covid-19 di Malaysia saban hari amat membimbangkan. Terbaharu, Tesco Extra Mutiara Damansara ditutup sementara mulai hari ini. Keputusan itu dibuat selepas 7 pekerja di situ disahkan positif Covid-19.


Screenshot 2020 10 24 At 3.28.31 Pm

Menurut laporan Sinar Harian, 7 pekerja terbabit adalah antara 53 rakan sekerja yang berkemungkinan kontak rapat kepada kes pertama yang direkodkan di pasar raya berkenaan pada 14 Oktober lalu dan kesemua mereka telah melakukan kuarantin kendiri di rumah sebelum menjalani ujian Covid-19.

2 daripada berdepan dengan pelanggan, 4 yang lain berkerja tidak melibatkan berdepan dengan pelanggan, manakala seorang lagi di pusat membeli-belah.

Tesco Malaysia secara sukarela telah mengambil inisiatif menutup sementara cawangan mereka di Mutiara Damansara bagi memberi laluan kepada swab test dilakukan ke atas semua rakan sekerja dan penyewa pasar raya terbabit yang bakal melibatkan kira-kira 500 individu.

Dalam pada itu, kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan untuk kali kedua akan dilakukan esok (25 Oktober) selepas yang pertamanya dilakukan pada 14 Oktober lalu.

Tesco Extra Mutiara Damansara akan kembali beroperasi selepas semua keputusan ujian raka sekerja dan penyewa diperoleh serta selepas proses nyahkuman selesai.

Baca: Lagi Pusat Beli Belah Ditutup Akibat Covid-19, Kali Ini SOGO

Screenshot 2020 10 24 At 3.41.59 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.