in

Sengaja Cari Pasal! Telefon Bimbit Tersangkut Dalam Perut 7 Bulan, Lepas Sahut Cabaran Kawan

Ft Perut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas satu, satu benda pelik yang jadi.
Terbaru seorang lelaki warga Mesir bertindak menelan telefon bimbit ketika sedang berparti bersama teman-temanya.



Lelaki itu dipercayai telah dicabar oleh rakannya untuk berbuat demikian.

Capture 6 11

Oh,pantang anak laki dicabar lah ni?

Tidak mengambil serius perkara itu, lelaki berusia 28 tahun tersebut memilih untuk mendiamkan perkara itu daripada pengetahuan keluarganya, lapor Harian Metro

Dia yang menyangka peranti itu akan keluar secara semula jadi melalui ususnya tidak pernah terbayang bahawa gajet itu  akan berada dalam perutnya selama 7 bulan.

Kalau nak naturally pun, mesti sakit kan?

Susulan kejadian itu, pembedahan terpaksa dilakukan keatas lelaki tersebut bagi mengeluarkan telefon bimbit itu.

Capture 1 2 3

Dr Mohamed Al-Jazar yang mengendalikan kes itu wilayah Benha di utara ibu negara Mesir bertindak merujuk lelaki tersebut ke hospital bagi menjalani ultrabunyi.

Susulan itu, lelaki terbabit segera dimasukkan ke wad bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peranti berkenaan – Dr Mohamed Al-Jazar

Manakala menurut laporan media tempatan, Akhbar Al Youm, gajet tersebut telah ditelan oleh lelaki tersebut dipercayai ketika bergurau bersama rakannya.

Walaubagaimanapun, keadaan lelaki tersebut selepas menjalani pembedahan tidak dilaporkan.

Haih, lepas ni ingatlah nak bergurau tu jangan melampau sangat…

Sesal dulu pendatan, sesal kemudian tak berguna lagi…

 

Baca : Kerja gila – Wanita Tergamak Potong Tangan Sendiri Semata-mata Nak Tuntut Insurans RM4.9 Juta! 

Capture 6 10

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.