in

“Kerja gila”- Wanita Tergamak Potong Tangan Sendiri Semata-mata Nak Tuntut Insurans RM4.9 Juta!

Baruuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita Slovenia nekad memotong pergelangan tangan kirinya dengan mesin pemotong semata-mata untuk mendapatkan kekayaan pantas.


Demi menuntut manfaat hilang upaya akibat cacat kekal daripada syarikat insurans membabitkan nilai 1 juta euro (RM4.9 juta) Julija Adlesic, 22, sanggup mengorbankan anggota tubuhnya sendiri.

Sky News Ii

Pergelangan Adlesic dipotong dengan bantuan teman lelakinya serta bapa lelaki itu sebelum wanita itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

Kerja gila lah!

Tangannya ditinggalkan di rumah kerana mereka mengharapkan untuk mendapat ganti rugi yang lebih tinggi. – Harian Metro

Malang baginya, tangan tersebut telah dijumpai oleh pihak hospital dan dijahit semula.

 

Sky News 2Kejadian tersebut disiasat oleh pihak polis dan menyebabkan Adlesic ditahan bersama teman lelaki dan beberapa ahli keluarga yang lain.

Pendakwaan ketika berhujah mengatakan sehari sebelum kejadian, teman lelaki Adlesic ada membuat carian di internet mengenai tangan palsu.

Pihak pendakwaan juga mengatakan perbuatan tangan wanita tersebut telah dilakukan dengan sengaja bagaimanapun pertuduhan tersebut telah dinafikan oleh Adlesic.

 

Duit tak dapat, kena penjara pulak tu!

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, kekayaan yang diharapkan namun bala yang menimpa apabila wanita tersebut dihukum penjara dua tahun kerana kesalahan melakukan penipuan terhadap syarikat insurans.

Teman lelakinya yang didapati bersubahat pula menerima hukuman penjara selama tiga tahun, manakala bapa lelaki tu yang didakwa atas kesalahan yang sama dihukum penjara satu tahun.

Laporan Sky News mengatakan wanita tersebut dikatakan telah mengambil polisi insuran daripada 5 syarikat insuran yang berbeza tahun lepas.

 

Baca : Gila! Pesakit Covid-19 Di India Dirogol Pemandu Ambulans Sebelum Hantar Ke Pusat Rawatan

Ft Baca

Sumber: Sky News
Sumber: Sky News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.