in

Tempat Perlindungan Terakhir Rakyat Palestin Diserang Israel, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Rafah Sekarang

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, agensi berita Palestin, WAFA melaporkan bahawa Israel telah melancarkan serangan ke atas Rafah pada awal pagi Isnin dan membunuh seramai lebih 100 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak dan ratusan yang lain dilaporkan cedera.


Serangan yang dibuat oleh Israel ini dikatakan telah membedil sebanyak 14 rumah dan tiga masjid di beberapa kawasan di Rafah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang tempat perlindungan terakhir rakyat Palestin ini yang menempatkan lebih kurang 1.4 juta rakyat Palestin yang kebanyakan dari mereka tinggal di khemah dengan kekurangan bekalan makanan, air dan ubat-ubatan. Ini apa yang korang perlu tahu tentang keadaan di Rafah sekarang ni:

Artikel berkaitan: Konflik Israel-Palestin: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang Konflik Terpanjang Di Dunia

Apa itu Rafah?

Gettyimages 1997382037.Jpg

Rafah merupakan sempadan di antara Semenanjung Gaza dan Mesir. Bagi Palestin, Rafah merupakan tempat paling selatan di Gaza dan merupakan ibu kotanya. Bagi Mesir pula, ia merupakan bandar di dalam muhafazah Sinai Utara.

Dalam masa empat bulan, Israel telah membunuh lebih 28,000 orang Palestin dan memusnahkan sebanyak 70% rumah di Gaza. Dalam masa yang sama, Israel telah memberitahu rakyat Palestin untuk lari ke Rafah, iaitu bandar paling selatan di Gaza dengan mengatakan kawasan tersebut merupakan “zon selamat”.

Seramai lebih 1.4 juta rakyat Palestin telah “ditolak” ke Rafah yang tempatnya hanya berukuran 64km persegi bagi mendapatkan perlindungan dengan kekurangan bekalan-bekalan asas termasuklah ribuan anak-anak kecil yang tidak mempunyai ibu dan bapa.

‘Operasi’ Israel

Tel Aviv mendakwa, empat briged Hamas berada di Rafah dan menggunakan alasan ini untuk menyerang Rafah melalui udara dan sedang dalam perancangan untuk melakukan serangan darat.

Tak cukup dengan itu, Israel turut merancang untuk mengosongkan bandar Rafah menyebabkan orang-orang yang mendapat perlindungan di sana tak mempunyai tempat lain untuk lari.

Penglibatan Mesir

Cu2N2R4O Israel Gaza

Ekoran rakyat Palestin yang terperangkap ini tersepit di sempadan Mesir, penganalisis mengatakan ada kemungkinan Israel mahu menolak Palestin masuk ke dalam Sinai.

Ini telah menyebabkan kebimbangan ke atas keselamatan dalaman Mesir atas kemungkinan lebih dari sejuta rakyat Palestin akan dipaksa masuk ke kawasan mereka.

Disebabkan ini, Mesir telah memindahkan sebanyak 40 kereta kebal dan tentera berperisai ke sempadan Gaza bagi menghalang limpahan rakyat Palestin yang mungkin berlaku dari serangan darat Israel.

Mesir juga turut memberi amaran bahawa apa-apa serangan darat Israel terhadap Rafah akan mempunyai kesan yang memusnahkan dan matlamat Israel untuk memaksa rakyat Palestin keluar dari tanah mereka akan mengancam perjanjian keamanan Kem David di antara dua-dua negara itu.

Selain itu, rakyat Palestin juga enggan meninggalkan Gaza. Sejak dari peristiwa Nakba pada tahun 1948, mereka telah dihalau dari rumah dan tanah mereka bagi membolehkan Israel membuat negara mereka.

Artikel berkaitan: Apa Itu Nakba 1948 & Kenapa Ia Merupakan Peristiwa Penting Untuk Diingati Rakyat Palestin?

Orang-orang yang ada di Gaza sekarang merupakan keturunan pelarian Nakba dan mereka enggan meninggalkan Palestin kerana mereka tahu apabila mereka keluar dari sana, Israel tak akan benarkan dorang masuk semula.

Negara-negara Arab seperti Mesir juga turut membantah sebarang perpindahan dan telah menuntut Hak Kembali Palestin sejak tahun 1948.

Keadaan di Rafah sekarang

90

Jelasnya, Israel terus menerus membuat penipuan dan apabila ia mengatakan rakyat Palestin akan selamat di Rafah juga merupakan satu penipuan.

Serangan Israel ke atas Rafah dengan mengebom bandar padat ini serta menembak mesingan daripada helikopter telah menyebabkan kematian lebih 100 orang.

Bagi yang terselamat pula, mereka kini tinggal dalam keadaan yang sangat teruk di mana khemah tempat berlindung akan dipenuhi dengan air setiap kali hujan dan terpaksa membuat perlindungan mereka sendiri melalui apa-apa cebisan yang mereka temui.

Sebelum 7 Oktober lagi, seramai 267,000 orang telah tinggal di Rafah menjadikan tempat ini kawasan paling padan di Gaza malah di seluruh dunia.

Kepadatan ini juga telah menyebabkan penyebaran penyakit dengan terdapat laporan tentang wabak hepatitis A yang sedang menular. Selain itu, mereka juga tak boleh menghalang penyebaran kudis dan kutu yang disebabkan oleh kekurangan tandas yang bersih untuk mandi dan membersihkan diri.

Sama-samalah kita doakan rakyat di sana dan terus bersuara dan mengecam perbuatan terkutuk Israel ini.

Sumber: Al-Jazeera, IMEU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.