in

“Senang nak guna” – Rupanya Ada ‘Lollipop’ Test Kit Covid-19, Sesuai Untuk Budak Ada Masalah Meludah

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan sekolah yang dah pun mula dibuka, mesti ramai ibu bapa yang risau dengan keadaan anak-anak kan? Kalau boleh setiap minggu nak buat ujian kendiri Covid-19 dekat anak.



Tapi apa yang lebih membimbangkan bila anak-anak kita yang masih kecil terdedah dengan risiko tapi susah nak buat ujian kendiri sebab tak reti nak meludah atau takut nak cucuk hidung.

Kalau korang ada masalah ni, jangan risau sebab ujian kendiri air liur sebenarnya ada juga yang dibuat dalam bentuk ‘lollipop’ tau! Memang sesuai sangat dengan anak-anak yang tak reti meludah atau orang yang keluar air liur sikit ni.

V Ckek Antigen Lollipoptest Fi

Cara nak guna pun mudah je, hanya perlu masukkan bahagian yang ada kapas ke dalam mulut pastikan kedudukannya mendatar, tunggu sekejap sampai kapas serap air dan lepas dah keluarkan, hanya tunggu 10 minit untuk baca keputusan. Senang kan?

Rupanya ramai netizen yang tak tahu kewujudan ujian kendiri Covid-19 versi lollipop ni tau, dan kebanyakan dari dorang memang tak reti nak meludah pun bukan budak budak je!

Screenshot 2021 11 22 At 11.02.04 Am Down

Lollipop self test kit ni korang boleh je beli dekat farmasi atau beli online sekotak terus, senang nak check anak selalu.

Sumber: Twitter

 

Baca: [TERKINI] Harga Baru Self Test Kit Akan Diumumkan & Booster Shot Tak Wajib Untuk Semua- KJ

Screenshot 2021 11 22 At 11.17.57 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.