in

Jangan Stress! Ini 4 Benda Korang Boleh Buat Masa Jalani ‘Self-Quarantine’

Fi Kuarantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan kes penularan Covid-19 sejak kebelakangan ini telah membangkitkan kebimbangan masyarakat bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia.


Menerusi sidang media pada Isnin lalu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan bahawa individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak lagi perlukan pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR).

Tetapi, mereka sebaliknya perlu menganggap diri mereka positif wabak tersebut dan menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambahnya lagi, individu yang positif kategori 1 (tiada gejala) dan 2A (gejala ringan), tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tak mempunyai sebarang komorbid) kini tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Jadi, ini 4 perkara yang para pesakit Covid-19 boleh buat untuk mengelakkan kebosanan dan cepatkan tempoh sembuh semasa kuarantin.

Makan ‘On Time’!

Semasa menjalani tempoh kuarantin, pesakit Covid-19 kena pastikan untuk makan tepat waktu. Jangan lambat! Sebab makanan tu akan jadi sumber tenaga dalam badan. So, jaga pemakanan dan banyakkan ambil makanan yang berkhasiat.

Banyakkan bergerak!

Walaupun pesakit jalani kuarantin di rumah, adalah sangat digalakkan untuk kekal aktif. Macam-macam aktiviti boleh dibuat contohnya banyakkan berjalan dalam kawasan rumah, menari atau buat senaman. Biar keluar peluh sikit…

Masa ni lah nak fokus pada hobi!

Ketika sedang menjalani kuarantin, pastinya para pesakit akan merasa bosan, tak boleh keluar hirup udara segar kan? Tapi ini lah masa yang sesuai untuk fokus pada hobi! Banyakkan membaca ke, tengok movie ke, atau mengaji al-Quran. Takde lah rasa bosan sangat!

Selalu fikir positif!

Satu perkara paling penting bukan sahaja bagi pesakit Covid-19, tetapi bagi semua pesakit lain juga ialah untuk sentiasa fikir positif. Sentiasa fikir perkara baik sahaja dan tetap berhubung dengan orang tersayang. Fikir yang baik-baik ni sangat lah membantu sebenarnya!

Walaupun tips dekat atas tu untuk pesakit yang jalani kuarantin, tapi kita yang sihat ni pun kena sentiasa beringat dan jaga diri supaya tak dijangkiti!

Sumber: Mstar

Baca: Kes Harian Covid-19 Dijangka Cecah 22,000 Menjelang Akhir Mac -Dr Hisham

Baca Kuarantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.