in

“Semua tuduhan dia tidak benar dan keterlaluan!” – Suami Lufya Buat Laporan Polis

Luf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu rumahtangga yang membabitkan penyanyi Lufya dan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum nampaknya belum menemui jalan penyelesaian.


Selepas mengesahkan Lufya telah diceraikan melalui whatapps baru-baru ini, Dr Che Muhammad Hafiz sekali lagi bertindak membersihkan namanya dengan membuat laporan polis terhadap tuduhan yang dilemparkan Lufya.

Memetik laporan mStar Online, Dr Muhammad telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada minggu lalu.

Punca Dr Che Hafiz Lufya Bercerai
Sumber: instagram

“Semua tuduhan dia terhadap saya tidak benar dan keterlaluan! Disebabkan tuduhan yang dilemparkan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negatif.

“Jadi, saya bertindak membuat laporan polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor,” katanya.

Lufya sebelum ini pernah mendakwa telah menjadi mangsa aniaya suaminya menerusi laman Instagram.

Dia juga turut mendakwa bahawa Dr Che Muhammad Hafiz mula memberikan masalah serta tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami sehingga tiga bulan setengah selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Baca: “Jauhkanlah fitnah tanpa bukti” – Lufya Jelaskan Dr Che Muhammad Hafiz Benci ‘Kunyit’

Ll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.