Semalam kecoh di media sosial apabila selebriti tempatan Lufya Omar cedera selepas dia telah menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk menculik anaknya yang menyebabkan pelakon wanita itu cedera di bahagian muka dan badan.
Kejadian yang berlaku di Kota Damansara, Selangor itu mendapat perhatian media selepas Lufya memuat naik insiden tersebut dalam Instagram miliknya.
Pun begitu, ruangan komen Instagram pelakon wanita tersebut dipenuhi dengan kenyataan yang mengatakan cubaan menculik itu didalangi oleh bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
Menerusi laporan Harian Metro, bekas suaminya itu menolak sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan dia masih berfikiran waras, sudah semestinya dia tidak akan menggunakan sebarang keganasan.
“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.
Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.
Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya.
Menurutnya, dia mengetahui insiden itu selepas seorang pengguna Instagram menghantar DM kepadanya tetapi dia bersyukur kedua bekas isteri dan anaknya selamat. Dia juga berharap Lufya segera membuat laporan polis berkenaan hal ini.
Baca: “Nasib baik ramai tolong” – [VIDEO] Budak 7 Tahun Hampir Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah