Kes perceraian antara penyanyi Lufya Omar dan Dr Che Hafiz pernah menjadi buah mulut orang ramai apabila ada khabar angin mengatakan bahawa bekas suaminya itu suka dengan kaum sejenis.
Berikutan itu, Dr Che Hafiz telah tampil memberikan kenyataan bagi menyangkal dakwaan itu. Menerusi Astro Gempak, Dr Che Hafiz menegaskan bahawa dirinya bukan gay.
Tegasnya lagi, penceraian itu disebabkan tidak ada persefahaman antara dirinya dengan Lufya.
Dakwaan yang mengatakan saya suka dengan kaum sejenis itu adalah tidak benar sama sekali. Saya bukan gay. Takkan bila badan sado dengan ramai kawan lelaki terus dicop gay?”
Katanya lagi ketidaksefahaman dan beberapa perkara yang menjadi punca penceraiannya itu tidak boleh dikongsikan kepada umum.
“Zaman sekarang ini bukan saya saja terkena, ramai lagi kat luar sana. Mereka boleh ja guna gambar saya untuk buat akaun palsu.”
Tambahnya lagi, dia hanya ada akaun Facebook dan Instagram sahaja.
“Kalau nak kenal siapa individu sebenar di sebalik identiti saya itu ajak la dia keluar.”
Tegasnya lagi, dia memandang perkara ini serius sebab dia akan buka klinik sendiri dan penting untuk dirinya menjaga reputasi namanya.
Dalam pada itu, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati serta tidak cepat melatah dengan perkara yang belum sahih.
“Saya tak salahkan netizen yang membuat andaian kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka hanya komen berdasarkan pengetahuan yang mereka tahu dengan dipengaruhi orang sekeliling.”
Malah dia juga menasihati masyarakat suapaya lebih berhati-hati dalam hal seperti ini. Jangan terlalu cepat percaya dengan isu yang belum pasti kesahihan dan kebenarannya.
Baca : “Jauhkanlah fitnah tanpa bukti” – Lufya Jelaskan Dr Che Muhammad Hafiz Benci ‘Kunyit’