in

“Semua kena pakai manual, wow” – Netizen Merungut Gara-gara Sistem IT KLIA Down, Airport Perlukan Bantuan Sukarelawan!

Airportttt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mempunyai penerbangan hari ini, admin cuma nak ingatkan supaya korang sampai ke airport sekurang-kurangnya 4 jam lebih awal untuk mengelakkan kelewatan dan masalah semasa boarding nanti.


Menurut Harian Metro, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang mengalami masalah gangguan sistem yang teruk sehingga mengakibatkan kelewatan penerbangan semenjak dari semalam. 

Ecn4Mq2U8Aekinu
sumber: twitter

 

MAHB terpaksa lanjutkan waktu operasi di semua lapangan terbang lain seluruh negara 

Akibat daripada gangguan tersebut yang dikatakan bermula dari Rabu malam, ia telah menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendali Bagasi (BHS). 

So ini bermakna semuanya harus dilakukan secara manual! 

Menurut MAHB, mereka turut menyediakan empat bas tambahan, di samping perkhidmatan pengendalian daratan bagi syarikat penerbangan untuk melancarkan pergerakan penumpang dengan membawa mereka ke tapak pesawat tanpa pintu dari terminal dan sebaliknya.

 

“Worst day for KLIA and Malaysia. Shocker! #MaluOnly” 

Rata-rata penumpang dan mereka yang berada di KLIA telah meluahkan rasa kesal akan kejadian yang berlaku di Twitter. Sebahagian dari netizen beranggapan situasi ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik jika pihak KLIA sendiri ada rancangan back up terlebih dahulu.

Namun begitu, ramai juga yang bersimpati dengan nasib staf MAHB yang bekerja keras demi memastikan kebajikan penumpang terjaga dan tiada kesilapan yang berlaku semasa boarding. Be strong staf MAHB! 

Tergendala

Eclsrimvuamhf0F

Eclvlzhu8Aawjl5

Ecn4Mq2U4Aez8 9
sumber: twitter

 

“Salam anak-anak watan, @MY_Airports memerlukan anda sebagai sukarelawan di KLIA” 

Disebabkan masalah sistem IT yang tergendala masih berlanjutan hari ini, pihak MAHB akhirnya memohon bantuan sukarelawan untuk membantu mereka melicinkan tugas di sana. 

Jadi bagi korang yang berminat, bolehlah terus ke Level 5 kaunter maklumat hari ini. Besar pahala tau dapat ringankan beban orang lain.

Bantu 1

Eck1Yzhueaervzd

Bantu 2
sumber: twitter

Dalam pada tu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke katanya telah pun hadir ke KLIA untuk meninjau situasi tersebut. Setakat ini dilaporkan hampir 68 penerbangan telah mengalami kelewatan dan pihak airport telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah ini.

Moga semuanya kembali seperti sediakala! 

Baca: Gila! Lelaki Suruh Staff Airport Melulut Minta Maaf Sebab Flight Delay Pasal Cuaca Tak Elok

Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.