Sehingga kini, kami yakin masih ramai yang bersemangat untuk battle tempahan di restoran Rembayung. Hal ini kerana, sejak ia mula beroperasi beberapa bulan lepas, restoran ini sentiasa penuh dan masih ramai yang gagal untuk mendapatkan slot mereka.
Meskipun pelbagai cara yang dilakukan pemilik restoran, Khairul Aming yang ingin mengelakkan orang ramai bersesak dan beratur panjang seperti restorannya, difahamkan Rembayung baru-baru ini mengalami masalah pada sistem mereka.
Artikel berkaitan: “TokTi battle sendiri ke guna PS?” – Dapat ‘Slot’ Rembayung, Pengurus Siti Nurhaliza Jawab Persoalan Netizen
Artikel berkaitan: “Air bukan masuk melalui cermin”- Restoran Rembayung Bocor Ketika Hujan Lebat, Ini Penjelasan Daripada Kontraktor
“Dah macam rusuhan” – Netizen
Terdahulu, seorang pengguna Threads telah berkongsi gambar memaparkan suasana huru-hara dan sesak di hadapan premis tersebut.
Menurut pengguna yang dikenali sebagai @sherryzirx_ ini, restoran tersebut didakwa mengalami masalah teknikal dan ia membuatkan ramai pelanggan yang menempah slot untuk jam 2 petang ke atas terpaksa beratur di hadapan restoran.

Terpanggil dengan isu tersebut, Khairul Aming sendiri tampil memohon maaf secara terbuka dan memberikan penjelasan mengenai situasi yang berlaku di restoran miliknya.
Jelasnya, sepanjang 6 bulan Rembayung beroperasi, ini adalah kali pertama sistem mereka mempunyai masalah di mana semua tempahan tidak sampai ke bahagian dapur.
“Kita kena manually tulis satu persatu order menyebabkan makanan slot tengah hari tadi semua delay and slot yang jam 2pm affected masuk lambat.”
Katanya, biarpun pada waktu tersebut sistem masih bermasalah tetapi situasi tersebut sudahpun terkawal bagi mereka yang menempah slot jam 4.30 petang ke atas.

Sumber : Threads
