in

“Sembelih buat rendang baru tahu” – Netizen Berdekah Tengok Aksi Penguatkuasa Halau Ayam Berkeliaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengehadkan pergerakan keluar rumah untuk rakyat Malaysia. Perintah ini telah menyaksikan penguatkuasaan oleh badan beruniform bagi memantau pergerakan semua orang dengan melakukan sekatan jalan raya


Kali ni admin nak share pasal pengingkaran PKP. Yang menariknya bukan dilakukan oleh manusia, tapi seekor ayam. Dalam video yang dikongsi boleh @JalalMisai di akaun Twitter miliknya, kita dapat tengok macam mana struggle seorang penguatkuasa membendung mereka yang ingkar PKP termasuklah seekor ayam! Korang tengok lah sendiri video kat bawah ni.

 

Sembelih buat rendang baru tahu!

Tatkala kita menyambut bulan Ramadan ni kesabaran kita memang diuji. Tapi yang lebih dahsyat abang penguatkuasa tu lah. Tak pasal-pasal kena deal dengan ayam yang ingkar PKP.

Masukkan dia dalam penjara, jangan bagi dia keluar sesuka hati. Masuk dalam reban je baru dia sedar yang dia tu hanya seekor ayam

Kali ni abang penguatkuasa tu bagi chance je. Silap haribulan kalau ingkar PKP lagi memang abang tu buat jadi rendang lah ayam yang cari pasal tu. Tunggu masa je.

Korang okay tak tu? Dah lah PKP, tengah puasa pulak. Macam-macam idea kreatif keluar nampaknya.

Apa-apa pun tenang dirumah dan selamat puasa untuk semua!

 

Baca: “Akhlak mana akhlak? – [VIDEO] Terlanggar Motosikal, Tapi Berhenti Kat Tepi Untuk Beli Ayam Dulu Baru Tengok Mangsa?

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.