in

“Akhlak mana akhlak?” – [VIDEO] Terlanggar Motosikal, Tapi Berhenti Kat Tepi Untuk Beli Ayam Dulu Baru Tengok Mangsa?

Feature 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes langgar lari di Malaysia bukanlah suatu perkara yang asing. Dah banyak kali dah kan terjadi. Dorang ni tak takut dihantui oleh kesalahan tu seumur hidup ke? 


Namun, baru-baru ini tular di Twitter tentang video kemalangan yang sempat dirakam oleh dashcam sebuah kereta ketika pemandunya sedang membeli ayam segar di sebuah kedai di tepi jalan.

Menurut perkongsian @pojan_ismail di Twitter, pasangan suami isteri tersebut dikatakan mahu berhenti di tepi jalan untuk membeli ayam namun terlanggar seorang pembonceng motosikal.

Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.

Namun, yang membuat ramai orang marah, walaupun si suami telah mendekati mangsa untuk melihat keadaannya, namun si isteri pelaku boleh pula ke kedai tersebut untuk membeli ayam. Patutnya pergi tengok keadaan mangsa dulu la kan. 

Eksiden 1 1

Namun, ada juga netizen lain yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin wanita tersebut mahu bertanya tentang lokasi klinik berdekatan supaya mereka boleh membawa mangsa ke hospital atau klinik untuk rawatan.

Eksiden 4

Eksiden 5

Betul jugak tu, kena husnuzon. Apa-apa pun, admin doakan mangsa tidak menghadapi sebarang kecederaan serius dan semoga dia akan cepat sembuh. 

 

Baca: Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Eksiden 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.