in

“Selera biawak ke apa ni?”- Netizen Berdekah Tengok Lauk Disediakan ‘Chef’ Muda Ini

Tiktok 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila mana dah terlalu lama dekat rumah ni, boleh kata destinasi paling kerap kita tuju pastinya peti sejuk ataupun dapur. Bila dah dekat dapur tu, pastinya kita akan mencari apa yang boleh dimakan atau untuk siapa yang rajin,bahan untuk dimasak.


Mungkin itulah yang berlaku pada adik yang dikenali sebagai Imran dalam satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @leyyyyy___ ini.

Tidak pasti sama ada adik ni baru belajar untuk memasak, atau memang suka akan telur. Apa yang pasti, beliau pandai menyediakan pelbagai jenis telur. Kalau perasan pada video tersebut, lauk yang dah siap dimasak adalah telur sambal, telur mata kerbau, telur dadar dan telur rebus.

Telurr Horz

Apa yang membuatkan ramai tergelak apabila bapanya masuk ke dapur untuk lihat apa lagi yang sedang disediakan oleh ‘chef’ muda ini.

“Mana chef, jom kita pi tengok chef dekat dapoq”

Mungkin pada awalnya bapa kepada adik ini menjangkakan beliau ada sediakan sesuatu yang berlainan. Tetapi apa yang membuatkan ramai tergelak adalah apabila ulasan spontan bapanya setelah mengetahui lauk yang sedang dimasak oleh Imran ini.

“Selera biawak ke? Semuanya telur”

Jika tengok pada situasi, pastinya bapa beliau sedang bergurau ketika mengeluarkan ulasan tersebut. Apa yang pasti, reaksi adik berkenaan bersahaja dan tenang sambil menjawab pertanyaan bapanya tersebut.

@leyyyyy___Aku tak larat nk gelak sorang2 . Part ayat last tu x boleh tahan ?. ##fyp##lawakpkp ##fypシ゚viral ##teloresumo♬ original sound – MUHAMMAD AZLAN


Memasuki ruangan komen, ternyata ramai terhibur dengan jawapan ringkas dan bersahaja adik Imran ini.

Cats 43

Cats 44

Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah mendapat 1.2 juta tontonan dan hampir 126 ribu tanda sukaan.

Memang part bapak dia punya komen tu kelakar, tengok banyak kali pun gelak lagi! 

Baca : “Saya terpaksa” – Tular Gambar Bawa Anak Ketika Hantar Makanan, Rider Dedah Tak Mampu Upah Pengasuh

 

Capture 3 2

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.