in

“Saya terpaksa” – Tular Gambar Bawa Anak Ketika Hantar Makanan, Rider Dedah Tak Mampu Upah Pengasuh

Collage 45 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar seorang rider foodpanda membawa anaknya di bawah panas terik untuk pergi menghantar makanan.


Hantaran yang dimuat naik di Facebook Sarjan Rohayu Mohd Rodzi yang bertugas di Balai Trafik Bayan Lepas IPD Barat Daya ini telah mendapat perhatian ramai sehingga ia mendapat sebanyak 7.6k perkongsian.

Allahuakbar sedihnya , Saya turun dari keta terus p dkt si bapa dan anak , waktu ni panas terik anak bepeluh kepanasan…

Posted by Rohayu Mohd Rodzi on Sunday, July 25, 2021

“Saya terpaksa”

Ekoran perkongsian tular ini, lelaki di dalam gambar tersebut, Muhammad Razwan telah mendedahkan sebab sebenar kenapa dia perlu membawa anaknya bersama-sama untuk keluar menghantar makanan.

Katanya, dia terpaksa membawa anak bongsunya yang baru berusia setahun sembilan bulan untuk keluar bersamanya kerana dia tidak mampu untuk mengupah pengasuh.

Memandangkan isterinya juga turut bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik, dia yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga anaknya, lapor Harian Metro.

Sebenarnya, sejak awal bekerja sebagai penghantar makanan lagi saya sudah membawa anak kerana tiada siapa ada di rumah untuk menjaganya.

“Pendapatan saya tidak cukup untuk membayar pengasuh kerana masih tinggal menyewa dengan bayaran RM400 sebulan malah tiga lagi anak berusia tujuh, lima serta tiga tahun juga terpaksa dihantar ke kampung untuk dijaga ibu saudara isteri kerana kewangan kini belum stabil.

“Waktu kerja saya agak fleksibel jadi boleh membawa anak bersama ketika mengambil dan menghantar pesanan pelanggan.”

Tambah Razwan lagi, walaupun ramai yang simpati dengan keadaannya, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya membawa anak yang masih kecil semasa menunggang motosikal.

Anak saya tidak meragam tetapi dia masih kecil. Jadi, dia tidak faham malah banyak topi dipakaikan dibuang olehnya.

“Saya perlu jelaskan perkara ini kerana ada segelintir netizen mempersoalkan tindakan saya membawa anak keluar bekerja dengan menunggang motosikal.

“Hakikatnya, saya terpaksa dan tidak akan membawanya bersama jika mampu mengupah pengasuh.”

Razwan yang pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang sebelum diberhentikan kerja ini bersyukur kerana mempunyai pekerjaan selepas menganggur beberapa bulan serta turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberikan sumbangan kepadanya.

 

Baca: Terharu Tengok Rider FoodPanda Bawa Basikal Masa Tengah Panas, Kedai Motosikal ‘Offer’ Motor Sebiji

Screenshot 2021 07 30 110640

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.