in

“Selera aneh” – Warga Emas Di India Ini Suka Makan Batu Sejak 32 Tahun Lalu

Feature 1 3 E1648866448145

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin ada satu soalan untuk korang, makanan apa yang paling pelik yang korang makan dan apa rasanya bila makan makanan tu? Menurut India.com, seorang warga emas yang berusia 78 tahun di Kampung Adarki Khurd, Maharashtra, India, gemar memakan batu setiap hari sejak 32 tahun lalu.


Warga emas yang dikenali sebagai Ramdas Bodke dikatakan memakan 250 gram batu saban hari. Difahamkan, dia mula memakan objek tersebut setelah menghidapi sakit perut pada suatu ketika dahulu. Walaupun sering mendapat rawatan dan makan ubat, sakitnya itu tetap tak sembuh.

Batu 1

Jadi, dia akhirnya menggunakan petua seorang wanita tua di kampungnya pada ketika itu yang mencadangkannya makan batu. Secara ajaibnya, Ramdas mendakwa sakit perutnya telah hilang lepas ikut petua tersebut dan sehingga hari ini, dia masih makan batu.

Sebelum ini, video Ramdas memakan batu telah tular di media sosial India. Namun, warga emas ini terpaksa makan batu secara sembunyi-sembunyi sebab ahli keluarga sebenarnya tidak membenarkannya mempunyai selera pelik ini.

Walau bagaimanapun, seorang doktor yang turut menonton video tersebut berpendapat Ramdas mungkin mengalami masalah kesihatan mental.

Harapnya tabiat ni takkan sebabkan side effects yang berbahaya buat warga emas ini. 

Baca: Lelaki Mengaku Makan 48 Paku Selepas Dengar Bisikan Suara ‘Seseorang’

Batu

Sumber: India.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.