in

“Letak atas lantai je ke?”- Pekerja Berseluar Pendek, Ramai Kembang Tekak Tengok Cara Mi Ini Diproses

F1 Kilang Mi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum memilih untuk makan di satu-satu kedai atau restoran, sudah semestinya kita akan pilih tempat yang bukan sahaja sedap, kedai makan itu juga perlulah bersih. Kalau tak, tak pasal-pasal pulak sakit perut cirit-birit nanti. 



Baru-baru ini, terdapat satu video tular di Twitter yang menunjukkan cara mi diproses. Video berkenaan menyebabkan ramai warganet kembang tekak.

Manakan tidak, cara mi tersebut diproses agak kotor dan menggelikan. Pekerjanya pula dilihat hanya berseluar pendek dan mi pula diletakkan di atas lantai tanpa menggunakan sebarang lapik.

Video yang dikongsikan menerusi akaun ChiragBarjatya kini telah meraih tontonan lebih 200K kali di Twitter.

Namun, penggemar mi di Malaysia tidak perlu risau kerana difahamkan, video berkenaan dirakamkan di India, lapor mStar.

1 2 7

Dalam video yang sama, pekerja yang membuat mi tersebut juga tidak memakai sarung tangan ketika mengendalikan doh.

Ada juga pekerja yang memakai baju singlet ketika menguli doh mi tersebut.

2 13

Rata-rata warganet India menggesa agar kilang mi tersebut dikenal pasti dan ditutup kerana cara pemprosesan makanan itu tidak bersih.

Sumber: Twitter @ChiragBarjatya

Baca: “Eee kotornya!”- Netizen Geli Tengok Cara Restoran Popular Di Kg Baru, KL Sediakan Makanan

Page Kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.