in

Selepas Terima Kecaman Hebat, Brunei Mungkin Batal Laksana Hukuman Mati Bagi Kes Homoseks?

Sultan Brunei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, semenjak Sultan Brunei mengisytiharkan hukuman mati bagi undang-undang yang melarang hubungan homoseks, ramai di kalangan artis antarabangsa telah mengecam keputusan tersebut. Ini termasuklah artis seperti Elton John, George Clooney dan Ellen Degeneres.


Disebabkan tekanan ekoran kritikan global yang diterimanya, Sultan Brunei telah melanjutkan moratorium (kelewatan atau penggantungan dalam satu aktiviti atau undang-undang) berkenaan hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan meliwat, seks luar nikah dan rogol, lapor Berita Harian.

60Bday Speech2
sumber: blog

 

“Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai perlaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah” 

Sejak melaksanakan undang-undang syariah pada 3 April lalu, negara terkecil di Asia Tenggara ini telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Namun Brunei tetap mempertahankan haknya untuk melaksanakan undang-undang terbabit yang diperkenalkan semenjak 2014 lagi, tapi dibatalkan secara berperingkat semenjak dari itu.

Webp.net Resizeimage 2019 03 30T213646.819
sumber: fmt

Walau bagaimanapun, dalam tindak balas kepada kritikan tersebut, Sultan Hassanal Bolkiah kemudian memaklumkan bahawa hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

Terdahulu, terdapat beberapa jenayah yang membawa hukuman mati di Brunei termasuk bunuh dan pengedaran dadah, namun tiada hukuman dilaksanakan sejak 1990-an.

“Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan SPCO. Namun, kami percaya apabila isu ini selesai, merit undang-undang ini akan lebih jelas.

“Sejak lebih dua dekad, kita melaksanakan moratorium pelaksanaan hukuman mati untuk kes di bawah undang-undang ‘common law’.

“Moratorium ini juga akan dilaksanakan terhadap SCPO secara lebih meluas,” katanya, ketika berucap sempena awal Ramadan.

 

“Lepas sudah tanggungjawab DYMM Tuanku Sultan Brunei kerana baginda sudah sedaya upaya melaksanakan hukum Islam” 

Rata-rata netizen nampaknya memberi pendapat yang pelbagai mengenai isu ini. Kebanyakannya masih menyokong tindakan baginda sultan untuk terus berusaha dalam melaksanakan hukuman tersebut.

Namun terdapat juga dari kalangan netizen yang seakan-akan ‘memerli’ baginda kerana menerima pelbagai tekanan akibat daripada undang-undang tersebut.

Lgbt
sumber: facebook

Apa-apapun admin doakan semoga baginda Sultan Brunei tabah hadapi kritikan dan tekanan. Pasti ada jalan terbaik dalam melalui kemelut masalah ini. 

Baca: Laksana Hudud Ke Atas LGBT, Ini Antara Syarikat Besar Yang Isytihar Boikot Ke Atas Brunei

Boikot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.