in

Laksana Hudud Ke Atas LGBT, Ini Antara Syarikat Besar Yang Isytihar Boikot Ke Atas Brunei

Untitled Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

3 April lalu, negara berdaulat Brunei Darussalam melaksanakan hukuman yang paling ditakuti oleh penyuka sesama jenis iaitu rejam sampai mati — sekali gus menjadikannya sebagai satu-satunya negara Islam di rantau Asia Tenggara yang memperketatkan undang-undang syariah.


Maka, satu dunia menjadi kelam kabut dan menuduh hak asasi kumpulan songsang ini telah dicabul dan tidak dihormati.

Lantas mereka melakukan pelbagai kempen boikot dan mengenakan tekanan ekonomi ke atas negara yang dipimpin oleh raja kedua terkaya di dunia itu.

Berikut merupakan antara senarai syarikat, yang dilapor telah mengenakan ancaman boikot ke atas Brunei:

Virgin Airlines

The Sydney Morning Herald melaporkan, syarikat penerbangan milik jutawan Richard Branson itu telah membatalkan perjanjian perjalanan kakitangan dengan Royal Brunei Airlines — sebagai tindak balas terhadap penguat kuasaan undang-undang syariah di Brunei.

Deutsche Bank

Syarikat perbankan Jerman ini telah melarang kakitangannya daripada menginap di semua rangkaian Hotel Dorchester milik Brunei atas urusan syarikat.

Dalam satu kenyataan, Deutsche Bank mendakwa Brunei telah melanggar hak asasi manusia paling asas dan syarikat itu ‘berbangga’ menjadi pembela kumpulan LGBT seluruh dunia.

Sta Travel

STA Travel, agensi pelancongan yang menyasarkan kumpulan pelajar dan golongan muda turut tidak terkecuali dalam melaksanakan kempen boikot ke atas Brunei.

Menerusi kenyataan di laman Twitternya, syarikat itu memaklumkan telah menghentikan penjualan tiket penerbangan Royal Brunei Airlines — dan akan mengembalikan semula wang penumpang yang telah membuat tempahan tiket menerusi laman webnya.

  • Financial Times

Financial Times

Akhbar yang berpusat di London ini juga mengumumkan menerusi laman webnya, ia akan membatalkan sebuah acara yang sebelum ini dijadual diadakan di hotel milik Sultan Brunei — selain berikrar untuk tidak menginap di semua rangkaian Hotel Dorchester.

  • TripAdvisor

Trip Advisor

Financial Times melaporkan, syarikat pelancongan terkenal TripAdvisor bertindak menggantung sebarang ulasan mengenai rangkaian Hotel Dorchester daripada pelanggan-pelanggannya — menerusi laman web UK-nya semalam.

Kesemua nama-nama besar ini merupakan sebahagian daripada syarikat antarabangsa yang dilihat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kempen boikot ke atas Brunei — dan semuanya didasari matlamat untuk mengiktiraf hak melakukan hubungan sama jenis sebagai satu hak asasi setiap manusia.

Beberapa nama besar dalam industri hiburan Hollywood juga turut ‘bersatu hati’ dalam gerakan ini.

Namun tiada apa yang hendak dihairankan kerana mereka telah diketahui umum — merupakan golongan yang ‘siapa makan cili, akan terasa pedasnya.’

Di sebalik semua tekanan yang dikenakan ke atas Brunei ini, timbul persoalan lain dalam kalangan pengguna media sosial — adakah semua kempen ini benar-benar dapat memberi impak besar kepada negara sekecil itu?

Mengikut perkongsian seorang pengguna Twitter @John Lee (The Korean Foreigner), aksi boikot itu tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada Brunei atas tiga sebab:

 

John Lee

Di sebalik kekecohan ini juga, media-media antarabangsa turut ‘membongkar’ aset kekayaan yang dimiliki Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah — yang dicatatkan sebagai pemimpin monarki kedua terkaya di dunia selepas raja Thailand.

Tempo.co melaporkan, pendapatan Sultan Brunei daripada aset minyak negara itu sahaja adalah 80 pound sterling setiap saat.

Orang ramai yang menyokong tindakan tegas Brunei dalam penegakan undang-undang syariah di negara itu, tampil dengan #istandwithbrunei — sebagai tanda solidariti mereka memerangi penularan wabak LGBT di seluruh dunia.

Istandwithbrunei

 

Baca: “Hukum hudud hukum kuno!” – Brunei Laksana Hukum Hudud April Ini, Pendukung LGBT Kepanasan!

Brunei

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.