in

Selepas Joe Flizzow, Snoop Dogg Akui Akan Berkolaborasi Dengan BTS Untuk Lagu Baharu

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Snoop Dog memilih Joe Flizzow untuk bekerjasama dalam album terbaharunya yang menampilkan selebriti hip hop dan R&B dari serata dunia.

Terbaharu, ura-ura sebelum ini yang mengatakan Snoop Dogg bakal berkolaborasi dengan BTS kini sudah disahkan sendiri oleh penyanyi rap itu.


Snoop Dogg Death Row Nft E1645027070252

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Snoop Dogg pada majlis karpet merah American Song Contest baru-baru ini. Jelas penyanyi itu, kolaborasi di antara dirinya bersama sensasi global BTS akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya buat muzik yang bagus. Mereka (BTS) buat muzik yang bagus. Dan kami akhirnya buat kolaborasi ini”, jelas Snoop Dogg berkenaan kolaborasi bersama BTS.

Pada Januari lalu, Snoop Dogg menjelaskan pihaknya ada menerima permintaan daripada kumpulan gergasi K-pop, BTS untuk menghasilkan kolaborasi bersama.

960X0

Jelas penyanyi itu, dia pada mulanya tidak mengetahui betapa besarnya pengaruh BTS dalam dunia muzik, sehingga anak buahnya menerangkan tentang siapa itu BTS.

Untuk rekod, ini bukanlah kolaborasi pertama Snoop Dogg bersama selebriti K-pop. Sebelum ini, dia pernah bekerjasama dengan Girl’s Generation, 2NE1 dan PSY.

Kredit: AV Club

BACA: [VIDEO] Snoop Dogg ‘Collaborate’ Dengan Joe Flizzow Buat Lagu Untuk JDT

Capture

Sumber: VIBE
Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.