in

4 Selebriti Ini Terlepas Dari Tuduhan Rogol & Bunuh Walaupun Fakta Kes Kuat Sebab…

Collage 15

Populariti dan kekayaan tak boleh menjanjikan kebahagiaan, tapi ia sangat berguna untuk terlepas dari tindakan undang-undang. Perkara ini memang terbukti apabila kita selalu melihat orang-orang kaya yang senang terlepas dari dijatuhkan hukuman.

Jadi pada artikel kali ini, kita akan tengok bagaimana selebriti yang kaya, terkenal dan berpengaruh ini telah dituduh melakukan jenayah-jenayah kejam tapi kemudiannya dibebaskan walaupun fakta-fakta kes yang ditunjukkan kuat. Jom baca!

1. Snoop Dogg

Snoop Dogg Nme 2000 X 1270 696X442 1

Ketika muzik rap gangsta meningkat naik, ramai artis-artis hip-hop yang terkenal pada tahun 90-an telah terlibat dalam peperangan geng. Khabar-khabar mengenai kes serangan dan pembunuhan mula kedengaran dan ramai rapper yang keluar masuk penjara.

Seperti Snoop Dogg atau nama sebenarnya Calvin Broadus Jr., yang pernah masuk penjara atas kesalahan memiliki dadah kokaina ini telah dituduh membantu pengawal peribadinya McKinley Lee melakukan pembunuhan.

Maklumat terperinci tentang apa yang berlaku pada 25 Ogos 1993 masih menjadi misteri namun begitu, pihak pendakwa raya mengatakan pembunuhan ini bermula dengan pergaduhan antara geng yang berlaku di luar apartmen penyanyi ini di mana Snoop Dogg dan mangsa Philip Woldemariam mewakili geng berlainan.

Kemudiannya, Snoop Dogg dan McKinley telah memandu ke rumah Woldemariam di taman Westside, Los Angeles untuk berhadapan dengan Woldemariam sebelum lelaki ini ditemui mati.

Snoop Dogg kemudiannya berjaya mengelak pihak polis dan sempat menghadiri anugerah MTV beberapa hari kemudian di mana dia telah memberi ucapan kepada penonton mengatakan bahawa dia tak bersalah.

Snoop Dogg kemudiannya ditangkap dan perbicaraannya penuh dengan kesalahan dari awal. Antaranya apabila pihak polis mengaku telah hilang bukti penting seperti baju berdarah mangsa, kelongsong peluru dan peluru.

Selepas terlalu banyak testimoni yang mengelirukan dan bercanggah antara satu sama lain, mereka memutuskan bahawa Snoop Dogg merupakan pemandu kereta dan McKinley telah menembak Woldemariam.

Snoop Dogg dan McKinley mengaku bahawa mangsa yang merupakan ahli geng kecil yang baru menapak itu telah menembak sebanyak dua kali ke arah mereka sehingga McKinley terpaksa menembaknya untuk mempertahankan diri.

Namun begitu, luka tembakan menunjukkan bahawa Woldemariam telah ditembak dari di belakang sekaligus menunjukkan yang dia sedang melarikan diri semasa dia ditembak.

Bagaimanapun, barisan juri membuat keputusan bahawa Snoop Dogg tidak bersalah. Keluarga mangsa pula telah memfailkan saman dan kes tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah untuk jumlah yang tak diketahui.

2. Robert H. Richards IV

1396133281001 Richards 2007 2Jpg 20140319.Jpg

Lelaki ini bukanlah seorang selebriti tapi terkenal kerana mewarisi kekayaan keluarganya yang banyak. Kes Robert H. Richards IV ini telah mengundang kemarahan ramai orang.

Pada tahun 2009, lelaki ini telah didakwa merogol anaknya sendiri beberapa kali ketika anaknya masih kecil. Walaupun telah menerima amaran beberapa kali untuk merahsiakan perbuatan jijiknya itu, kanak-kanak berusia lima tahun ini telah memberitahu neneknya sebelum dia dibawa berjumpa doktor dan menceritakan semua yang berlaku.

Richard telah ditahan namun dia menafikan dakwaan tersebut. Tapi selepas gagal ujian poligraf, jutawan ini telah menukar pengakuannya kepada bersalah. Ini sepatutnya sudah cukup untuk meletakkan Richard ke dalam penjara dalam waktu yang lama. Tapi…

Richard telah melantik peguam berprofil tinggi yang kemudiannya berjaya menukarkan dakwaannya kepada kesalahan yang lebih kecil membuatkan lelaki ini hanya mendapat hukuman penjara selama 8 tahun.

Namun begitu, atas desakan peguam, mahkamah membuat keputusan untuk menggantung hukuman penjara selepas mengatakan lelaki ini tak akan selamat di penjara.

Hasilnya, Richard tidak perlu masuk ke penjara dan diberikan kebebasan percubaan dan dipaksa untuk mendaftarkan diri sebagai pesalah seks dan diminta untuk membayar US$4,395 kepada Lembaga Pampasan Jenayah Keganasan Delaware walaupun hartanya bernilai lebih US$14.5 bilion.

Tak cukup dengan ini, kes ini juga tak diketahui orang sehingga tahun 2014 apabila bekas isterinya telah memfailkan saman sivil terhadap Richard selepas dia dan pegawai percubaan yang menjaganya itu mengesyaki bahawa lelaki ini turut merogol anak lelakinya yang baru berusia 19 bulan.

3. Robert Blake

Robert Blake 5 Things Death Embed 1.Jpg

Perkahwinan pelakon Robert Blake dan isterinya Bonnie Bakley memang tak pernah bahagia. Malah, Bonnie mempunyai reputasi yang buruk apabila sebelum ini dia telah berkahwin sebanyak 10 kali dan menggunakan pasangannya untuk mendapatkan wang.

Malah, Robert terpaksa berkahwin dengan Bonnie selepas ujian DNA mendapati bayi yang dilahirkan adalah milik Robert. Namun begitu, tak ramai yang sangka bahawa pada 4 Mei 2001, ia bakal berakhir dengan pembunuhan.

Menurut Robert, isterinya sedang duduk di dalam kereta di luar restoran sementara dia berpatah balik ke restoran kerana tertinggal pistol. Ketika Bonnie bersendirian di dalam kereta, wanita ini telah ditembak oleh seorang penyerang misteri.

Apa yang jelas, penyerang tersebut bukanlah Robert kerana pistol yang dimilikinya bukan senjata pembunuhan dan hasil analisis juga tidak menemui sisa serbuk tembakan pada tangannya.

Namun apa yang mencurigakan apabila dua lelaki berlainan telah mengaku diupah oleh Robert untuk membunuh Bonnie. Kes pendakwa raya kelihatan kukuh namun pihak pembelaan membuktikan penggunaan dadah dua lelaki ini telah membuatkan pengakuan mereka itu tak dikira.

Jadi, pada 16 Mac, barisan juri memutuskan bahawa Robert tidak bersalah. Tapi, pada tahun yang sama, barisan juri di dalam kes saman sivil oleh anak-anak Bonnie menemui Robert bersalah atas pembunuhan tersebut dan dia diarahkan untuk membayar sebanyak US$30 juta.

4. Michael Jackson

Michael Jackson 1983 Billboard Pro 1260.Jpg

Kalau korang nak tahu, ketika kecoh kes 14 pencabulan kanak-kanak ke atas Michael Jackson pada tahun 2003, kes lebih kurang sama pernah berlaku 10 tahun sebelumnya namun ia diselesaikan di luar mahkamah dengan bayaran sebanyak US$23 juta.

Kerana ia tuduhan berulang, kali ini Michael Jackson tak boleh lari dan perlu dibicarakan.

Ia bermula pada tahun 2002 apabila krew dokumentari British telah menangkap video Michael memegang tangan seorang kanak-kanak lelaki dan mengatakan yang mereka telah tidur di bilik yang sama.

Apabila dokumentari ini ditayangkan pada tahun 2003, ibu kanak-kanak ini mendakwa bahawa Michael telah memberikan dadah kepada anaknya dan mencabulnya.

Kanak-kanak ini dan beberapa ahli keluarganya telah memberikan keterangan tentang beberapa contoh di mana Michael telah mencabul kanak-kanak itu.

Tak cukup dengan itu, pencarian yang dibuat di rumahnya turut menemui banyak pornografi termasuk beberapa buku dengan gambar kanak-kanak lelaki bogel.

Namun dakwaan ini telah dilemahkan apabila keluarga tertuduh didapati pernah cuba untuk mengugut beberapa selebriti dan organisasi untuk mendapatkan wang sebelum ini. Ditambah juga dengan beberapa pengakuan yang bercanggah dari kanak-kanak tersebut dan abangnya membuatkan kredibiliti pendakwa raya mula tercalar.

Kemudian, beberapa saksi utama termasuk Wade Robson yang ramai ingatkan telah dicabul oleh Michael Jackson pada tahun 80-an telah memberikan testimoni membela penyanyi ini.

Pada tahun 2005, Michael Jackson didapati tidak bersalah.

Selepas kematian Michael Jackson, Wade Robson kemudiannya telah mengubah kenyataannya dan mula menyertai seorang lelaki lain yang menceritakan tentang kisahnya dicabul oleh penyanyi ini. Malah beberapa sumber melaporkan, Michael telah membayar sebanyak lebih US$200 juta kepada lebih 20 keluarga untuk menyimpan rahsianya.

Hmm…

Sumber: ati

 

Baca: Kerjaya 5 Selebriti Hollywood Ini Musnah Sekelip Mata Hanya Sebab Benda Ini…

Collage 5 758X399 1