in

“Lepas 30 tahun, adakah ia masih relevan?” – Joe Flizzow Mahu Berehat Dari AJL

Joe Flizzow Ajl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anugerah Juara Lagu (AJL) ialah anugerah industri muzik tahunan yang popular di Malaysia dan telah dianjurkan oleh TV3 sejak tahun 1986.

Tahun ini, Aina Abdul menerusi lagu Terus Hidup menjadi juara AJL dan buah tangan Joe Flizzow merampas tempat kedua dengan lagu Satu Malam di Temasek.


Pun begitu, Joe Flizzow mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin berehat dari pertandingan muzik tersebut.

Pelantun lagu Havoc itu berkata pertandingan sebegitu menampilkan suasana dan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan penyanyi yang bertanding.

“Penyanyi yang bertanding juga tidak mahu berinteraksi antara satu sama lain di belakang pentas kerana masing-masing mahu fokus untuk menang.

Ia berbeza dengan suasana di festival muzik. Kalau menang rasa bersalah dan tak menang pun rasa bersalah,” katanya.

Malah, Joe Flizzow yang juga dikenali sebagai Mr. President itu turut berkata dia sendiri tidak tahu bagaimana sistem penjurian pertandingan itu dilakukan.

“Walaupun ketika saya menang AJL, saya sendiri pun tidak tahu mengapa saya menang. Bagi ramai orang AJL adalah seperti ‘World Cup’ tapi saya anggap ia hanya hari Ahad yang biasa.

Saya tidak pernah memahami konsep pertandingan nyanyian ini,” katanya.

Sebagai info, Joe Flizzow bersama SonaOne pernah dinobatkan juara dalam AJL ke-29 menerusi lagu Apa Khabar, manakala tahun lalu mereka muncul naib juara menerusi lagu Satu Malam Di Temasek.

Baca: Persembahan AJL 37 Naim Daniel Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Ft Naim Daniel Mbor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.