in

“Selamba je buat macam tu” – Kecoh di London Traffic Jam, Rupanya Beckham Stop Kereta & Duduk Main Phone

David Beckham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu jalan dekat persimpangan lampu isyarat di South Kensington, Barat London jadi sesak pada Khamis lepas, 28 November antara pukul 3.57 dan 4.22 petang. Kesemua kereta yang ada lalu jalan terpaksa bersesak dan hadap kesibukan jalan sebab ada sebuah kereta Mercedes berwarna hitam berhenti dekat situ.


Beckham

Beckham3
sumber: the sun

Menurut The Sun, rupa-rupanya David Beckham merupakan punca berlakunya kesibukan jalan tu sebab memberhentikan kereta Mercedes-AMG G63 miliknya selama 20 minit.

Orang awam juga sempat tangkap gambar yang terus tersebar di internet menunjukkan Beckham tengah duduk dalam kereta bernilai £146,000 (RM799,236) itu. Padahal dekat dengan kereta dia ada tanda “Dilarang Berhenti: Isnin-Jumaat 8-9 pagi, 3-5 petang” tapi boleh pula dia selamba je park juga dekat situ.

Beckham2

Beckham8
sumber: the sun

Enjin kereta juga dibiarkan hidup dan lampu serta wipers juga dipasang sepanjang 20 minit itu. Ramai orang rasa bengang dan tak sangka Beckham buat macam tu sebab dia baru je selesai hukuman sebab langgar undang-undang jalan raya.

Pada May 2019, Beckham kena banned daripada memandu sebab didapati bersalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Bentley milik dekat Kota London pada 21 November 2018.

Beckham4

Beckham5
sumber: the sun

Lagi buat orang sakit hati, Beckham berhentikan kereta dia tu berdekatan dengan kawasan parking dengan bayaran hanya £4.50 (RM24.63) setiap jam. Yela, dorang kata harga tu murah je kot untuk seseorang yang ada aset £300 juta (RM1,642,266,900) kan…

Saya tak sangka dia berani buat macam tu. Dia selamba je mesej ketika tengah melanggar undang-undang.”

Walaupun baru lepas dihukum, saya tak percaya dia buat lagi.”

Bila banyak duit, boleh buat suka hati kan? Hmmm

Baca: “Awak role model untuk Islam!” – Pemain Bola Sepak Mo Salah Dikecam Kerana Berpelukan Dengan Model di Majalah

Mosalah La Kau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.