fbpx
in

Selamat Datang! Sabah Benarkan Rentas Negeri 1 Nov & Rentas Daerah 14 Oct

Rentas Negeri Sabah Dibenarkan 1 November

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri setuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan pelancongan dan lawatan sosial ke negeri berkenaan.


Difahamkan kebenaran rentas negeri tersebut bakal berkuatkuasa pada 1 November manakala pergerakan rentas daerah akan dibenarkan bermula 14 Okober bagi tujuan pelancongan dan juga aktiviti sosial.

Menurut Hajiji lagi, semua individu yang ingin ke Sabah kelak perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Antigen (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan selain individu berkenaan haruslah telah lengkap divaksin.

Facebook Hajiji

“Kerajaan negeri juga membenarkan remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, difahamkan garis panduan berkenaan turut digunapakai kepada golongan remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun. Namun untuk golongan ini, terdapat kelonggaran yang diberikan iaitu mereka haruslah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Tambah ketua menteri berkenaan, untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga dibenarkan untuk ke negeri berkenaan dengan syarat diiringi ibu bapa yang telah lengkap divaksin.

Vaksin Remaja Sekolah Fmt

Keputusan berkenaan dilakukan setelah kerajaan negeri berpuas hari dengan laporan peratus vaksinasi lengkap di Sabah dan menurut kenyataan ketua menteri tersebut lagi, setakat 11 Oktober, kadar vaksinasi dewasa di Sabah telah melebihi 70 peratus.

Ha, dah boleh plan dah ke tempat menarik kat Sabah… Kundasang anyone?

Baca : Bukan Sebab Jadi Penunjuk Jalan Je! Renjer Ini Jelaskan Fungsi Lain ‘Trek’ Dalam Hutan

Page Tiktok
Sumber: Facebook
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top