in

Bukan Sebab Jadi Penunjuk Jalan Je! Renjer Ini Jelaskan Fungsi Lain ‘Trek’ Dalam Hutan

Page Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat aktiviti yang lasak dan ekstrem macam hiking dan jungle trekking, tempat yang mencabar sudah semestinya menjadi pilihan utama mereka. Selalunya, mereka boleh meningkatkan stamina dan tahap kesukanan mereka. Tetapi, ada beberapa perkara yang harus diambil kira semasa memasuki hutan untuk selamat sampai ke hujungnya.


Ada sebab rupanya kenapa ‘trek’ dalam dibuat sepanjang perjalanan di tengah-tengah hutan. Seperti yang diceritakan oleh seorang renjer hutan dari Sabah melalui akaun TikToknya iaitu @p.sharon.j, dia menjelaskan beberapa sebab laluan itu disediakan sebagai laluan di dalam hutan.

Dalam video itu, dia memberitahu tujuan laluan ‘trek’ itu dibuat untuk mengelakkan perkara yang tak diingini daripada berlaku. Wow, min pun baru tahu ada sebab tersendiri rupanya!

@p.sharon.j

Selamat berhujung minggu

♬ original sound – Karabaw Monster – Karabaw Monster

Pelawat dan pelancong juga diminta untuk depakan tangan mereka untuk pastikan diri mereka tidaklah dekat sangat dengan tumbuhan-tumbuhan di tepi laluan yang dah disediakan. Bukan itu sahaja, dia menjelaskan yang langkah itu dapat membantu mereka elakkan diri dari terkena duri-duri halus.

Tak habis di situ sahaja, renjer itu menambah yang kadang-kadang haiwan berbisa seperti ular kapak dan tebuan selalunya berada di dahan-dahan pokok tanpa disedari. Jadi, laluan yang dah dibuat, dapat membantu mereka dari terkena bisa haiwan-haiwan tersebut.

Komen Tiktok

 

“Teruskan content berfaedah macam ni ok? I love it!”

Perkongsian itu mendapat pujian orang ramai lagi-lagi di media sosial sebab mereka anggap perkara itu sesuatu yang memberi manfaat kepada orang ramai yang baru tahu fungsi ‘trek’ yang dah disediakan oleh pihak yang berkaitan.

Lepas ni boleh lah berhati-hati jalan dalam hutan sambil enjoy the nature! Make sure, ikut apa kakak renjer kita tu cakap tau.

Baca: “Sofyank tak boleh cari makan” – Netizen Salute Pakcik Ni Buat Video TikTok, Editing Power Macam Orang Muda!

Pakcik Video Tiktok Power

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.