in

“Selamat bertemu bu Ainun di jannah, pak” – Netizen Berduka Pemergian Bekas Presiden Indonesia BJ Habibie, Terharu Kisah Cinta Dengan Arwah Isteri

habibie ainun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita sedih menimpa negara jiran kita, Indonesia semalam apabila bekas Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie telah meninggal dunia pada usia 83 tahun di Jakarta pukul 6.05 petang waktu tempatan.

Menurut Astro AWANI, Habibie menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dekat Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto. Berita duka ini telah dimaklumkan oleh anak lelakinya, Thareq Kamal.


3355411813
Sumber: Blog

 

Netizen muat naik video lama Habibie, mahu disemadi di sebelah Ainun 

Bagi penggemar filem dari seberang, rasanya korang pasti sudah tonton filem Habibie & Ainun yang dilakonkan Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian.

Film Habibie dan Ainun akan Kembali Dilanjutkan
Sumber: Blog

Filem tentang kisah hidup bekas presiden ini sangat menyentuh hati dan ramai di kalangan netizen mengakui terharu dengan kasih sayang serta cinta yang ditonjolkan Habibie terhadap isterinya, Ainun.

c00c7cd4 b790 4bc9 8238 f3ed54d09bff 169
Sumber: CNN

Punyalah sayang Habibie ini pada Ainun, dia sampai demand mahu makamnya nanti ditempatkan di sebelah isteri. Malah katanya dalam satu bual bicara terdahulu yang dikongsikan di Twitter, dia kini tidak takut mati kerana dia tahu orang pertama yang dia akan jumpa ialah Ainun. Allahu… manalah nak dapat suami sebaik ni? 

https://twitter.com/deeonysuss/status/1171759366652887041

Hey! Kamu sekarang di sini ya?” – Habibie

 

“Rest In Peace, sir. Semoga mendapat tempat terbaik, dan bisa ketemu Bu Ainun lagi” 

Rata-rata netizen tak kiralah dari Indonesia mahupun Malaysia berasa terkesan dengan pemergiaan negarawan yang hebat ini dan mendoakan semoga impian Pak Habibie untuk bertemu arwah isterinya di sana nanti akan termakbul juga. Al fatihah… 

bapak
Sumber: Twitter

Al fatihah… Semoga Pak Habibie tenang di sana. 

Baca: “Orang Indonesia sedang menunggu berita baiknya” – Netizen Mahu SM Faisal Cepat Nikahi Luna Maya

luna maya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.