in

“Orang Indonesia sedang menunggu berita baiknya” – Netizen Mahu SM Faisal Cepat Nikahi Luna Maya

Lun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teka-teki mengenai hubungan percintaan antara pelakon popular Indonesia, Luna Maya dan penyambung legasi Naza Group of Companies, SM Faisal Nasimuddin masih lagi menjadi persoalan.


Terbaharu, Insertlive melaporkan Luna dan SM Faisal kini sedang hangat bercinta meskipun belum diiyakan secara rasmi oleh pasangan itu.

Screen Shot 2019 08 10 At 10.19.28 Am
Sumber: instagram

Tambah laman web hiburan itu, kedua-duanya kini secara terbuka telah memuatnaik ucapan cinta di Instagram.

Luna menerusi Insta Story memaparkan gambar makanan dengan kapsyen “i love you” dengan latar belakang lagu romantis manakala SM Faisal memuat naik fotonya di Itali beserta kapsyen ‘Lots of Love’.

Luna
Sumber: instagram

Hmm kalau korang stalk Instagram Luna dan SM Faisal mesti korang dapat agak kan…

Menguatkan lagi spekulasi berkenaan, beberapa keping gambar Luna dan keluarga SM Faisal turut dimuatnaik Luna.

Screen Shot 2019 08 10 At 10.20.34 Am
Sumber: instagram

Korang rasa diorang ada hubungan special tak?

Rata-rata netizen dari negara seberang menganggap Luna dan SM Faisan kini sedang dilamun cinta, malah ada yang mendakwa mereka bakal menamatkan zaman bujang pada Ogos. Hmm kita tunggu jelah nanti…

Screen Shot 2019 08 10 At 10.24.21 Am
Sumber: instagram

Tidak cukup dengan itu netizen turut mendoakan hubungan mereka berpanjangan dan segera bernikah.

Sebelum ini SM Faisal pernah digosipkan bercinta dengan pelakon baharu, Puteri Aisyah.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua..

Baca: “Mana keadilannya?”

Screen Shot 2019 08 10 At 11.23.22 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.