in

“Selalu mengadu sakit perut” – Geli! Cacing Pita Panjang 59 Kaki Keluar Dari Dubur Lelaki, Puncanya Suka Makan Daging Mentah

Fi Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang rasa sakit perut yang memang betul-betul sakit, sampai banyak cara dah cuba tapi masih tetap sama ?

Berkait dengan cerita seorang lelaki warga Thailand ni, yang mana dia mengadu ‘kembung perut’ sejak awal Mac lagi.


Macam tak logik lama macam tu, min selalu sapu minyak angin lepas tu okay dah.

Cacing pita yang panjang

Namun, semuanya terjawab apabila rupanya terdapat seekor cacing pita yang dikeluarkan daripada duburnya.

Tapi yang mengejutkan sekarang, panjang cacing pita tu mencecah 59 kaki dan merupakan yang terpanjang pernah direkodkan di negara itu dalam tempoh 50 tahun.

Kaki tau bukan cm! Korang cubalah kira berapa panjang tu

Punca dari daging tak masak

Pada mulanya, lelaki berusia 67 tahun tu pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan. Kemudian doktor mengambil sampel najisnya untuk dibuat kajian.

Selepas itu, hasil menunjukkan yang cacing itu mengandungi 28 larva berjangkit dan doktor percaya puncanya dari daging lembu yang tak masak. Doktor kemudian memberi ubat kepada pesakit tersebut.

Keesokan harinya selepas dah makan ubat tersebut, cacing itu keluar dari duburnya.

Entah macam mana lah lelaki tu rasa kan bila benda tu keluar.

Menerusi beberapa keping gambar diambil di Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit, dapat dilihat pegawai meletakkan cacing itu di atas plastik untuk menunjukkan ukuran sebenarnya.

Cacing 1

Cacing 2

Menurut Dr Schawanya Rattanapitoon yang juga ketua bagi pasukan itu, dia mendedahkan perkara ini berpunca dari tabiat memakan daging mentah.

“Keadaan ini disebabkan oleh tabiat memakan daging lembu mentah. Parasit ini dapat hidup dalam badan manusia selama lebih 30 tahun,

“Namun pada masa kini, ia tidak bertahan lama kerana kita telah ada ubat-ubatannya,” katanya.

Min nak nasihatkan korang kalau ada rasa sakit dalam tempoh sehari dua tu, teruslah pergi dapatkan rawatan. Takut kalau ada apa-apa terjadi.

Sumber : mStar, Daily Mail

Baca : Doktor Ini Dedah Punca Dan Cara Untuk Elakkan Rambut Beruban Di Usia Muda

Foot Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.