“Selalu balik mabuk, pukul” – Anak Tetak Kepala Mak, Goreng Otak Untuk Dimakan Sebab…

Bengang sebab tak dapat duit nak beli alkohol seorang anak tergamak membunuh ibu sendiri dengan kejam menggunakan kapak sebelum menggoreng otaknya di dalam kuali.

 

Goreng dan terus makan

Pemuda dari Chhattisgarh, India berumur 32 tahun  itu dikatakan sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukul ibunya, lapor Harian Metro, puncanya adalah ibu enggan berikan lagi wang untuk beli arak disebabkan kelakuannya itu.

Jadi, tertuduh, Sitaram Iraon terus ambil senjata tajam dan menikam kepala ibunya. Dia mengeluarkan otak mangsa dan menggorengnya untuk dimakan. 

Selepas kakak ipar tertuduh menyaksikan perlakuan kejam berkenaan, tertuduh bertindak melarikan diri.

Dia yang sedang berfikiran tidak waras ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran dengan pakaian berlumuran darah sebelum di tahan polis.

Dalam tahanan, Iraon mengaku melakukan jenayah kejam itu dan pihak polis turut memfailkan kes jenayah keatas lelaki terbabit.

Adik Iraon, dah cuba pujuk abangnya untuk berhenti mengambil alkohol tapi gagal, dia membuat keputusan untuk berpindah kerana Iraon gagal untuk berubah.

 

Baca : Leher Remaja Ini Kena Tetak Dengan Pisau Sebab Cuba Lindungi Mak Sendiri Dari Dibunuh Bapa Tiri

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.