in

Sekolah di Penang Anjur Pertandingan Melan**p?

Eewwwww

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul ke ni?!


Semalam heboh tersebar satu risalah kat media sosial memaklumkan pasal penganjuran satu pertandingan aksi lucah di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Risalah tersebut menunjukkan tarikh dan waktu pertandingan yang kononnya akan diadakan di sekolah berkenaan hujung minggu ni.

Menurut The Malay Mail, Ketua Penolong Kanan sekolah di Teluk Kumbar itu dah buat laporan polis tentang posting Facebook berkenaan kerana mendakwa penganjuran pertandingan aksi lucah tersebut TIDAK BENAR sama sekali dan sengaja mahu memburukkan reputasi sekolah.

Fake News Masturbation Comp1608
sumber: the malay mail

Seorang lelaki yang mendakwa nombor telefonnya digunakan di risalah berkenaan sebagai nombor rujukan bagi sesiapa yang nak sertai ‘pertandingan’ tu juga ada meluahkan insiden menimpa dirinya. Katanya dia dianiaya rakan yang menyebarkan risalah tu.

“Benda ni dah lama sejak tahun 2016 lalu dan ia bermula sekadar gurauan dalam kumpulan WhatsApp bersama rakan-rakan,” kata lelaki tu.

Gurauan tu dikhabarkan bermula ketika mereka masih remaja dan tidak menyangka akan meninggalkan kesan sehingga ke hari ni. Sejak dua tahun lalu dia akan menerima panggilan setiap hari daripada individu yang mahu bertanya berhubung pertandingan terbabit.

Nur5
gambar hiasan

Risalah lucah tu katanya tiba-tiba muncul balik bulan lepas tapi dekat lokasi yang berbeza. Pun begitu, nombor telefon kat situ tak ditukar.

“Setiap kali risalah itu kembali ditularkan, saya akan menerima sekurang-kurangnya lima panggilan setiap hari. Bagaimanapun, saya enggan menukar nombor telefon bimbit ini kerana sudah lama menggunakannya.”

“Saya tidak membuat laporan polis berhubung kejadian ini kerana menganggap ia hanyalah gurauan daripada rakan sendiri. Lagipun, setiap kali mendengar soalan berhubung pertandingan itu, saya akan terus mematikan telefon bimbit dan akhirnya pemanggil tidak akan menghubungi lagi.”

A 2
sumber: berita harian

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan mengesahkan menerima laporan berhubung perkara berkenaan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Nak bergurau pun ada batasnya. Tak sangka ada jugak manusia yang nak masuk pertandingan tak senonoh macam ni..

NOTA: Gambar atas kiri adalah sekadar hiasan.

Baca: Cikgu Sekolah Rendah di Ampang Kerap Buat Gangguan Seksual Pada Pelajar

Dadadasda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.