Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini sangat memberi kesan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Pastinya banyak kerosakan yang berlaku akibat banjir tersebut.
Seperti satu video yang tular di laman Twitter semalam, seorang wanita berbangsa India dilihat ‘mengeluh’ kerana kerosakan yang berlaku akibat banjir. Dikatakan, habis gambar-gambar kahwinnya rosak akibat ditenggelami air banjir dan lumpur.
Namun begitu, ‘keluhannya’ itu buat ramai penonton keliru sama ada nak turut sedih dan bersimpati ataupun terhibur dengan gelagatnya ketika diwawancara seorang wartawan ketika itu.
https://twitter.com/aiyuri_tissi/status/1473921827508391936?s=21
Video berdurasi 34 saat yang telah disunting daripada video penuh MalaysiaGazette TV itu telah mendapat hampir 700 ribu jumlah tontonan dalam masa kurang 24 jam.
“Kenangan manis dengan suami dan gambar kahwin semua dah hancur…kita mana boleh kahwin lagi sekali kan?”- keluh wanita itu.
Gelagatnya yang bersahaja ketika menceritakan kerosakan gambar kahwinnya 20 tahun dahulu itu telah membuat ramai yang terhibur. Lebih-lebih lagi apabila dia juga masih sempat membuat lawak walaupun keadaannya pada ketika itu sangat memilukan.
“So, dah tak boleh kahwin lagi, muka yang sama juga kita nak kahwin balik. Nak ambil gambar dah tak sama cun macam dulu kan?”- kata wanita itu lagi dalam nada jenaka.
Jika dilihat dalam video penuh, rupa-rupanya bukan gambar kahwinnya sahaja yang hancur, malah habis perabot rumahnya juga rosak ditenggelami air yang difahamkan naik ke paras lututnya ketika itu. Selain itu, keretanya juga dikatakan telah dimasuki air setelah ditinggalkan di kawasan perumahannya, di Taman Desa Indah Meru, Klang.
Di ruangan komen di laman Twitter pula, ramai yang memuji sifat tabah wanita ini serta ada juga yang terhibur dengan gelagatnya ketika menceritakan kerosakan yang berlaku itu.
Sabar ya kakak…nanti bila semua dah reda, kasi make up cun-cun lepastu ajak suami ambil gambar dekat studio lagi ya?