Wujud satu isu yang kurang enak dikala ramai pihak ingin turun padang menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir.
Terbaru, ada satu pertikaian yang menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila ada segelintir netizen dan mangsa banjir dipercayai ragu-ragu dengan pemberian makanan daripada golongan bukan muslim.
Oleh sebab itu, ia membuatkan wanita yang dikenali sebagai Nor Shameera ini terpanggil untuk memberikan satu pesanan ‘deep’ buat golongan ini.
Please lah, hargai diaorang, jangan hina diaorang
Menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita yang lebih dikenali sebagai Meera ini menjelaskan bahawa ada mangsa banjir enggan terima makanan yang disumbangkan kerana pemberi bukan beragama islam.
“Saya nak tanya, waktu darurat macam ni korang masih nak tanya pasal halal dan haram ke? Dan orang yang tinggal di Malaysia tahu pasal halal dan haram, tahu tak betapa susahnya sukarelawan nak hantar makanan tu, tak makan, tak minum, cari dana penat, penat masak naik bot, bagi satu persatu semata-mata tak nak korang kelaparan tahu tak?”
Disebabkan sikap segelintir mangsa banjir yang sebegitu, Meera bangkitkan isu pecah masuk Mydin yang kini sedang menjadi topik hangat di media sosial samada perbuatan itu halal atau tidak.
Bahkan, Meera juga mempertikaikan segelintir umat islam yang tidak menjaga batas dalam pergaulan serta hubungan.
Oleh sebab itu, Meera meminta agar hormat dengan sukarelawan yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka. Perkara ini membuatkan Meera untuk ‘bersuara’ kerana rakannya sendiri yang menjadi sukarelawan dan alami perkara sebegitu, lebih-lebih lagi dia ada penyakit jantung.
“Dia ada penyakit jantung, dia tak makan betul-betul pun, dia hantar korang makanan sampai dia sendiri tak makan, risau tahu tak keluarga dia, dia tak makan ubat.”
Pesan Meera lagi, hargailah sukarelawan ini dan tidak perlu hina mereka.
“Korang boleh tak hargai diaorang ni, jangan hina diaorang, tolonglah!”
@shafabeautyofficial
Ramai netizen yang menyokong dengan kata-kata Meera, disamping itu, ada warganet yang bukan muslim juga memberikan pendapat dan luahan mereka mengenai isu ini.
Semua non-muslim sangat sensitif nak sediakan makanan untuk muslim – Netizen
Video tersebut telah meraih lebih daripada 827,000 jumlah tontonan dalam masa sehari ia dimuatnaik.