Kalau sebelum ni kecoh di media sosial tentang kemunculan individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang baru, namun baru-baru ni muncul pulak individu lain dengan dakwaan yang lebih mengejutkan.
Menerusi posting Facebook Melaka Kini, seorang lelaki viral di media sosial lepas muat naik gambar dengan caption yang claim diri beliau sebagai Nabi Adam dan pemerintah kepada alam baru. Erkkk sapa pulak ni??
Ada kaitan dengan Sultan Melaka baru dan individu-individu ‘pelik’
Tak tahulah nak kata benda ni pelik atau sekadar bahan senda gurau ramai, tapi lelaki bernama Amin ni jugak dilihat ada kaitan dengan ‘Sultan Melaka’ yang baru.
Ada gambar Amin ni bersama ‘sultan’ tersebut dan kononnya ‘hulubalang’ kerajaan tu. Nak tergelak admin baca nama hulubalangnya. Desupsapsup ni macam The Flash ke? Huhuhu
Tak cukup dengan tu, ibu kepada Amin ni juga katanya ada ‘crush’ dengan Sultan Brunei. Siap edit gambar berdua lagi. Uish another level betul! Admin speechless tak tahu nak cakap apa.
“Yang pelik ada pulak mengikut. Ini bukan sultan l*hanat. Ini bahan ketawa orang”
Seperti yang kita semua dah agak, individu ni telah jadi bahan troll makcik dan pakcik bawang oleh kerana keanehan mereka yang bukan-bukan.
Ramai yang cakap kemungkinan besar individu ni ‘kemaruk’ ingin jadi sultan atau orang penting dalam negara sampai berfantasi hingga ke tahap ni. Uish ada jugak jenis macam ni…
“Nabi ni syarat dia mestilah paling handsome di zamannya. Ni muka so-so je nak jadi nabi. Syarat muka pun gagal”
Penampilan Amin yang so called nabi ni pun jadi bahan membawang netizen jugak. Sut kuning dari topi sampai ke seluar tu buat makin galak netizen nak troll. Alahaiii…
“Jatuh murtad persendakan nabi… jauh terpesong dah akidah dia ni”
Nak troll, troll jugak tapi bab agama kita janganlah persendakan. Ada di kalangan netizen yang bermuhasabah diri apabila melihat golongan sebegini viral di media sosial. Bagi mereka, ini petanda dunia akhir zaman.
Macam manapun dengarnya kerajaan negeri Melaka bakal membuat laporan polis berhubung individu yang gelarkan dirinya sebagai Sultan Melaka hari ini. Pihak polis jugak sudah pastinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada individu ni jika terdapat unsur penipuan, jenayah dan lain-lain.
Semoga dijauhkan dari perkara murtad dan memesongkan akidah.
Baca: “Dayang-dayangnya pun dah tua” -Sultan Melaka Versi Baru Jadi Bahan Lawak Netizen