“Dayang-dayangnya pun dah tua” – Sultan Melaka Versi Baru Jadi Bahan Lawak Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang ingat lagi tak dengan Raja Nor Jan Shah Raja Tuah yang dulu menggelarkan dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’? Sekarang nampaknya Melaka ada sultan lagi bila seorang individu mendakwa dirinya sebagai sultan baru bagi negeri tersebut. Adoi sapa pulak tu? 

Menurut Sinar Harian, beliau ialah Tengku Muhamad Jalil Md Nor, 63 yang kini viral di media sosial sebagai keturunan Kesultanan Melaka dan bawa gelaran Soltan Mansor III. 

Sumber: Facebook

 

Ada Facebook rasmi dan muat naik gambar istiadat pemahsyuran, Balai Rong Seri dan alat-alat kebesaran

Sultan sekarang pun main Facebook rupanya apabila segala istiadat, alat kebesaran dan update mengenai sultan baru ni telah dimuat naik ke akaun Facebook rasmi, Soltan Mansor III. Pemahsyuran Sultan Melaka yang baru ni juga dikatakan telah dilaksana pada 21 Oktober lepas di Kuala Linggi, Melaka.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Antara alat-alat kebesaran yang dipaparkan di Facebook tersebut ialah keris dan pedang yang dibalut dengan kain kuning warna diraja.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Lawak apa ni sial… untunglah orang Melaka dah ada sultan. Kabel kuat lepas ni” 

Macam biasalah, kalau dah muncul benda merapu macam ni di media sosial, netizen apa lagi… mulalah membahan.

Macam-macam troll yang dorang buat, antaranya mengkritik gaya Sultan Melaka yang nampak terlalu simple. Dayang-dayang pun dah tua… lepas tu sultannya down to earth sangat, pakai selipar je masa istiadat pemahsyuran. Gitew… 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Yang follow jangan beria gelak ketawa. Dia ni dah ketara nampak sesatnya” 

Benda ni memang pada asalnya nampak macam troll atau bahan lawak, tapi bila admin scroll bawah-bawah sikit, dah nampak macam pelik pulak. Ada upacara duduk atas kain putih la, lepas tu tunjuk Tongkat Siti Mariam yang konon diambil di syurga. Erkk apo pulak ni? 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Macam manapun, netizen yang bijak pandai dalam sibuk membahan sempat jugak beri alert kepada semua mungkin perkara ni boleh jadi ajaran sesat kalau tak dipantau. Hati-hatilah gaiss! 

Sumber: Facebook

Apa-apapun diharapkan adalah pihak berwajib yang take note akan isu-isu macam ni. Takut pihak begini ambil kesempatan pulak dengan rakyat jelata yang tak tahu apa-apa.

Daulat tongku! 

Terkini: Akaun Soltan Mansor III sudah pun ditutup 

Baca: Ajaran Sesat Sasar Pelajar UniSZA, Pengaruh Makan Daging dan Darah Untuk Jamin Masuk Syurga

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!