“Sekali kena tampar” – Bapak Terkejut Sampai Tertampar Anak Sendiri Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang pernah tak buat surprise dekat sapa-sapa? Tak kisah lah untuk pasangan korang ke, untuk adik beradik korang ke, atau untuk parents korang.Mesti macam-macam reaksi yang korang dapat kan?

Kali ni ada sorang gadis ni nak buat surprise dekat bapa dia, balik rumah tak bagitau. Memang menjadi surprise tu, tapi tak pasal-pasal kena tampar pulak. Cuba korang tengok video yang dikongsi oleh @mashitahghazni di akaun Twitter milik beliau.

Terkejut sampai kena tampar

Itu lah reaksi spontan si bapak bila nampak anaknya yang baru balik dari Korea tu. Walaupun tengah iron baju, sempat lagi off iron dan salam dengan anak. Safety first!

Sebenarnya admin pun expect benda ni. Silap-silap terkejut sampai baling iron pulak. Nasib baik dia buat surprise dengan tenang. Kalau tak…

Eh orang laki pun ada iron baju k. Tapi yang paling penting surpirse tu berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Itulah, admin pun terasa bahagia. Kasih sayang keluarga tu lagi besar maknanya dari kasih kepada kekasih. Cewah.

Insya Allah. Semoga semua parents kita dikurniakan rahmat dan keberkatan sepanjang masa. Amin. 

Over betul aduh tu. Sampai terpelanting ke belakang. Tapi memang happy lah tengok family yang sempoi macam ni. Tiba-tiba teringat family kat kampung pulak. 

Admin pun pernah buat time study dekat luar negara dulu. Memang terkejut family admin. Tapi kena marah lah juga sebab time tu tengah panas isu MH370 dan MH17. 

Ikatan kekeluargaan tu semakin hari semakin utuh kalau kita saling menghargai antara satu sama lain. Kalau dapat surprise tu rasa terharu sangat walaupun benda tu orang lain rasa macam takde apa. Okay admin nak kemas barang balik kampung. 

 

Baca: “Nak nangis tengok video ni” – Netizen Tersentuh Lihat 8 Beradik Ni Hadiahkan Kereta Untuk Ibubapa Mereka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.